Showing posts with label Review NoveL. Show all posts
Showing posts with label Review NoveL. Show all posts

Review : Selimut Malam - Hani Fazuha

3
COMMENTS


Rasanya sapa yang tak dapat beli buku limited edition yang ni sah menangis kat bucu katil kan?

Bukan daku kata, kak Hani yg kata gitu..

Disebabkan malam tadi kesan panadol terbalik, aku jadi tak boleh tido. Makanya kukhatamkan Selimut Malam ni.

Moh baca review cap sukoatiden ni..

*******

Ia mengisahkan perkahwinan rahsia antara Haidar & Dania di mana untuk suatu tempoh masa, ianya akan berakhir dengan perpisahan.

Pada Dania, setelah 'segalanya' diserahkan.. Haidar telah menjadi dunianya. Cinta yg mendalam di hatinya, membuatkan dia tegar utk terus terikat dalam perkahwinan itu. Menerima segala pahit yang Haidar hadiahkan.

'Haidar itu bagaikan peluru sesat yang tertembak ke hatinya.
Sakit!
Tapi lebih sakit untuk mengeluarkannya.
Jadi, harus dibiarkan saja di situ sehingga ia keluar dengan sendirinya.'

Pada Haidar pula, berkahwin dengan Dania hanya kerana ego dan marahnya pada Maya yang beralasan belum bersedia utk itu.

'Ah! Ini hanyalah sementara. Mengahwini Dania tidak termaktub dalam diari hidupnya. 
Hanya kebetulan Dania hadir saat ada ruang lompong antara dia dan Maya.'

Dan segala kekusutan dan peperangan emosi Dania bermula apabila Maya kembali dan bersedia utk menjadi isteri Haidar.

'Haidar, I hide my pain, but deep inside, I'm dying.'

Bukan tu je, kewujudan  Hijaz dan Adif, menghadirkan rasa cemburu dalam hati Haidar lantas membuatkan Dania keliru.

"Next time, kalau nak minum jangan berdua dengan dia."
"I tak suka you sebut nama lelaki lain."
"Jangan beritahu I yang 'jiran' you sedang cuba mengambil tempat I."

Bila Dania belajar untuk menjauh, Haidar berusaha untuk mendekat.
Bila Dania mahu terus merahsiakan, Haidar pula mahu mencanangkan pada semua yang Dania miliknya..

Sungguh aku jadi geram dengan Haidar yang hanya fikirkan hati dan perasaan sendiri. Langsung tak ambil kira hati dan perasaan Dania.

Dan Dania, penyabarnya beliau dalam menghadapi segala perbuatan dan kata² Haidar buat aku simpati dan kagum. Tabahnya hati seorang Dania.

"Itulah kata orang, soal hati memang sangat pelik. 
Kekadang, diri sendiri pun tak memahami ini kan pula orang lain.
Kalau orang tahu kisah dia dan Haidar, pasti ramai yang kata dia gila.
Tapi, kegilaan itulah sebenarnya cinta yang ramai orang cuba nafikan.."

Tapi tula dalam kejamnya Haidar, sikap prihatin beliau tu bukan je buat Dania cair, aku pun join cair sekali.
Hahahaha..

Betul kata Kak Hani, citer ni biasa² je cuma olahan dan garapan drpd kak Hani yg buat impaknya jadi luar biasa.

Sampaikan setiap apa yg Dania rasakan, aku yg baca pun turut merasainya sekali..
Tengok, betapa hanyutnya aku dalam penceritaan ini.. ♥

*******
Ada bonus Asalkan Dia Bahagia 2.0 dalam ni.
Sambungan drpd kisah Dira dan Haris.
Kisah pendek yang turut meninggalkan kesan dalam hati.
Beruntungnya bila diri dicintai dan mencintai..

*******
Penat oo menyengih sorang² pastu meleleh air mata.. pastu sengih balik.. hahaha..

Sindrom orang tenggelam baca novel memang gini.. ye dak?

♥ Thanks Kak Hani untuk kisah yg ohhhsemmm ni...♥
posted from Bloggeroid

Review: Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee

0
COMMENTS

Dear Cinta 2 - If it's meant to be, then it's meant to be

Akhirnya berjaya curik sedikit masa untuk membaca kitab hikayat cinta Tasneem & Ariff.
Kalau sebelum ni dah baca Dear Cinta, haa yang ni sambungan kisah mereka la.
Meneroka masa silam Ariff  dan penerimaan Tasneem.
Menzahirkan ego dan kasih sayang mereka.
Ewahhh, ayat ntah pape je.

Kisah kali ni, bagaiman seorang Ariff tersalah percaturan apabila merahsiakan
bahawa dia berhubung balik dengan bekas kekasihnya melalui kerja.
Ariff jadi peguam balik, behind the scene gitu.
Tolong selesaikan kes Nisha.

Tasneem yang baru tahu hal tu, rasa makin tergugat.
Bersyakwasangka gitu.

Keadaan menjadi lagi buruk, bila Ariff demam..
Tasneem pergi rumah Ariff, Nisha ada situ.
Hohoho..
Waktu ni daku dapat merasai betapa terlukanya hati seorang Tasneem.
Meleleh2 air mata daku o0oo..

Ariff cuba cari jalan penyelesaian, inginkan perdamaian.
Tapi ke lain jadinya bila mereka makan bersama mama Ariff.
Tasneem ingat Ariff gunakan mama untuk pujuk dia balik.
Makanya ayat ini yang terbit dari mulutnya pada Ariff
"Keji"

Sekali lagi, keadaan jadi tunggang terbalik,
Lain yang diharapkan lain yg jadi.
Tapi bila Tasneem sedar banyak salah datang daripada dirinya sendiri.
Dia cuba memujuk Ariff.

"Will you be my Carl" - Tasneem
"Who the hell is Carl" - Ariff

Nah, romantik Tasneem tak menjadi.
Daku sendiri bantai gelak baca part ni.
Hehehe..
Kesian Tasneem, mesti malu gila.

Dipendekkan cerita, kisah cinta dorang ni happy ending.
Nak tau lebih lagi, silalah baca sendiri ye.. =p


Bukan Awak Tapi Dia - Program realiti tv yang menjadi realiti kehidupan

Citer ni pun super best.
Kisah bagaimana Dian (tukang jahit) seorang biasa2 dicintai Nadeem (artis/penyanyi) dengan cara luar biasa.

Asalnya Dian dipaksa rela kawan2nya untuk masuk rancangan Program Realiti 'Mencari Dia'.
Semata2 untuk tarik perhatian Hadif, lelaki yang dia gilakan sejak zaman sekolah.
Kemudian penyertaan dia diterima.
Bermulalah rakaman kisah Dian dan peserta2 lain yg dalam misi memikat hati Nadeem.
Kononnya la.
Walhal Dian takde hati pun kat Nadeem tu.

Bila ditemuramah jawapan Dian amatlah tak boleh blah.
-"Jadi awak tak minat Nadeem"
+"Tak."
-"Jadi awak tak minat sebab apa?"
+"Sebab, saya tak jatuh cinta pandang pertama pun tengok dia. Sebab tu saya tak minat sangat. Biasa2 je....."

Dan Nadeem yang tengok dan dengar pun berasap la.
Hahaha~

Sungguh bila baca ni,
terasa macam daku sedang menonton reality show tu pulak.. 
Punya la berharap Nadeem pilih Dian. Dian pulak rijek Hadif. 
Harapan daku jd kenyataan rupanya.. suke suke suke... 
(tengok, betapa terujanya daku)

Dorang yg asalnya asal jumpa je gaduh,
dah jadi kamceng bila dorang berpakat buat plan sesama dorang.

Banyak mende jadi selama program tu berlangsung.
Part paling sweet, bila dorang main baling2 tepung masa Dian tengah sibuk buat cupcake untuk Nadeem.
Menyengih jela aku pun baca,
Angau.. hahaha..

Lepas pada tu ada macam2 la konflik.
Sampai satu tahap Dian  kemalangan dan koma setahun. 
Dok la berharap (lagi)... jangan la Dian mati. 
Kalau mati, daku gi bom umah baru (group fb) Kak Jue.. hahahaha..

Tapi lega giler pastu Dian dah sedar, 
dorang bersama balik.
Ada krisis sikit je lepas pada tu 
and then they have their happy ending..
 daku join happy samaaa...

Haip, tak leh kasi detail sangat. 
Korang baca sendiri okehhh... =p

Apa pun, daku suka kedua2 kisah ini.
Untuk pertama kalinya IKP gabungkan hasil penulisan kedua2 sahabat baik dalam naskah Limited Edition ni.
Akulah antara orang yang sangat teruja.
Akak2 daku tu...
Hahaha.. mengaku tanpa segan silu dan malunya ni..
Wekk...!!

#limitededition #novelbest #penuliskesukaan

Review: Hanya Dia Cinta ― Farah Husain

0
COMMENTS

"Kadang² apa yg kita hendak tu tak semestinya terbaik utk kita dan selalunya apa yg terbaik utk kita tu ialah perkara terakhir yg kita hendak..." 
― Adhan Mikhail Abdullah 

Tepat sekali! 
Tamat sudah pengembaraan daku bersama Adhan & Zara. 
Apa yang boleh daku kata, cerita kak Farah selalu dekat di hati.
Apabila Adhan geramkan Zara, daku pun tumpang geram sekali. 
Bila Zara blushing dgn ayat cheesy Adhan, omaigod pipi daku pun rasa nak berbahang sama. 
Gediks kan.. 
Tapi yang paling terkesan di hati apabila saat dorang hadapi kehilangan.
Ya, kehilangan bayi yang dikanduing Zara dan kehilangan ibu Adhan.
Tamparan hebat bagi kedua-duanya, Zara dan Adhan.
Daku pun hanyut sama dalam kesedihan mereka.
Macam mana Zara kuatkan diri dan hati untuk Adhan dan Adhan kembali berusaha mencari diri sendiri.. 
Ye, dalam hidup realitinya bukan ada suka je. Duka pun menyelit sama ye dak..?
Pendek kata sega;a emosi yang ada dalam cerita Adhan & Zara tutut sama dak rasai.
Menjiwai sungguh kan?
Hahaha..~~

Tak sabar nak tunggu baby Kak Farah yang seterusnya,
SEPTEMBER.. mungkin? =p
posted from Bloggeroid

Review: PA Untuk Dia - Syamnuriezmil

0
COMMENTS


Aku cukup suka cerita yang bermula dengam gaduh² pastu tangkap cintan ni.
Clichè kan?
Tapi nak buat macam mana, itu yang best lagi sweet gitu.
Kihkihkih

Ini merupakan kisah cinta antara Yara & Han.
Lain sikitnya, incek Boss dulu yang jatuh cinta pada cik PA tapi incek Boss rahsiakan isi hati beliau.

Punya la susah incek Boss a.k.a Han nak yakinkan cik PA yakni, Yara yang hati Yara tu dah memang pada incek Boss .

Tapi tula cik PA pulak yang beria² menafikan semua tu. Bertegas la bahawa hati dia ada pada Onn, incek kedai kopi.

Yang unik bagi aku novel ni, adalah cara incek Boss meluahkan perasaan dia pada cik PA.

Nak tau macam mana?
Dengan bertanyakan tahap kelajuan dan kemampuan cik PA dalam menaip.
Disuruhnya Yara menaip segala apa yang dikatakan.

Kiranya Yara taip surat untuk diri dia sendiri la.
Yara taip, Yara baca dan Yara rasa getarannya di hati untuk setiap bait kata yang diluah oleh incek Boss.

Hahaha.. unik kan?
Sampai aku pun merasa getarannya sama.
Ewahhh... ahaks =p

Heee.. pada yang belum baca, lekaih² la baca ye.
Karya Syam ni mmg tak pernah mengecewakan..

Sekian dulu, adios!!
posted from Bloggeroid

Review: Mutiara Hatiku Rafflesia - Bill Bora

0
COMMENTS


Akhirnya setelah lama diperam,
berjaya jugak aku bukak hikayat yang satu ni dan baca sehingga penamatnya.

Bagi aku, jalan cerita ni biasa² je tapi tetap best untuk dibaca.

Kisah mengenai Anis Sophea yang dipertemukan dengan 4 jejaka yang masing² ingin memiliki hatinya.
Haris, Zarul, Ikmal dan Andrian.

Overall...
Haris dan Zarul la yang banyak muncul disepanjang jalan cerita.

Ikmal kejap² je. Boleh kata takde kesan langsung watak beliau ni.

Andrian.. haaa yang ni walau wujud di hujung cerita tapi impaknya boleh tahan.
Buat aku rasa nak je soh Anis pilih mamat ni.
Lagi best dari si Haris.

Tapi nak buat macam mana, dah heronya si Haris. Jadi secara otomatiknya Haris la yang akan tetap jadi pilihan Anis.

Kuikuikui..

Pada siapa yg belum baca,silalah dapatkan naskah ni dan baca ye. =)

nOtaKaki :~ Cheq nak Andrian plissss!!!
posted from Bloggeroid

Review: Kampung Girl - Umi Kalsom

0
COMMENTS
Karya Seni - Umi Kalsom - 547 ms - RM21

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu.. mummy jangan paksa Ash!! - Ashraf Khairi

"Nak ke... tak nak ke... kena nak juga! Mummy dah pergi meminang pun. Kamu jangan banyak bunyi. Suruh cari sendiri, tak nak... sekarang ni, kamu ikut saja cakap mummy." - Puan Mazlin

***
"Nak jauh hati apanya, mak? Orang tu langsung tak ada hati kat Ain."-Ainnur

"Eh tak ada hati apanya? Ini datang nak ikat dua hatilah ni!" - Puan Masyita

***
'...Ashraf cakap dia budak kampung bodoh, nenek kebayan miang, walaupun semua tentang dirinya Ashraf tidak suka langsung, tetapi dia dengan senangnya jatuh suka dengan lelaki berlagak itu?'- Ainnur

***
'Pengsan depan budak kampung itu, hanya mencalarkan maruah Ashraf saja. 'Hantu kampung' itu pun satu, boleh pula dia bertempek bedak sejuk tebal berinci. Aku yang melihatnya pun tak dapat nak bezakan, dia itu sebenarnya manusia atau keturunan spesis 'Han'.' - Ashraf

***
"Wei!!!" - Ashraf *air disimbah di mukanya*

"Kalau awak berbudi, saya akan berbahasa. Kalau awak mengeji, inilah balasnya!" - Ainnur

***
"Mummy cuba tanya budak kampung ni. Dia nak ke kahwin dengan Ash, lepas Ash dah sembur air kat muka dia? Mesti dia tak nak la mummy." - Ashraf

"Ain akan kahwin dengan Abang Ash!" - Ainnur

***
"...aku tengah serabut ni." - Ashraf

"Nak serabut kenapa pula? Bukan ke cemburu tu tandanya kau sukakan dia? Pelik betula la aku dengan kau ni, Ash..." - Wan Shafie

***

"I'm pretty sure that you don't understand what am I talking about? RIght, kampung girl?" - Ashraf

'Kalau aku cakap aku faham... ada juga yan pengsan kat dalam sawah nanti,.' - Ainnur

***
[bagi sikit-sikit je =p]

Inilah Kisah kawen paksa-jatuh cinta-bahagia
Simple kan..?
Yup, jalan ceritanya agak simple.
Cuma yang merumitkan keadaan yang ada tu, si Ash yang degil lagi keras kepala je.
Namun berkat kesabaran tahap tertinggi Ainnur, pakcik tu kalah jugak.
Jatuh cinta sudah!!
Hehehe..
Nak tau lebih detail, silalah baca ye (^_~)

posted from Bloggeroid

Review: Bougainvilla - Packy Sidique

0
COMMENTS

Uwaaa... dah lama aku tak baca kisah misteri macam ni. Semangat giler baca tengah² malam... sanggup tak tido ni.. Pastu mula cuak. Hehehe

Novel yang mengisahkan tentang Nina yang kehilangannya secara tiba²  dan penuh misteri mendatangkan tanda tanya pada semua yang mengenalinya  terutama Kimi iaitu kekasihnya.
Bertitik tolak dari situlah, membawa diri Kimi kepada kerjayanya sekarang, ASP polis. Tujuannya hanya satu. Ingin mencari Nina dalam kes² yang disiasatnya, sekaligus bagi menjawab misteri tersebut.

"... apa pun alasan awak masuk PDRM, jangan biarkan ia mengganggu tugas awak. Faham?" - Tuan Rasyid

"Faham tuan! Lebih 5 tahun dalam pasukan, dah banyak ubah persepsi dan tujuan asal saya. Tapi saya tak naklah tipu sampai kata saya tak cari Nina lagi..." - Kimi

Suratan atau kebetulan, wujudnya seorang gadis bernama Deena yang punya rupa paras mirip Nina cuma fizikal mereka sedikit berbeza. Nina - Vanida Imran versi Nasya Aziz manakala Deena - Vanida Imran versi Sheila Majid. Namun itu sudah cukup mengelirukan dan mengejutkan sesiapa yang pernah mengenali Nina apabila melihatnya.

"Nina?" - Kimi

"Bukan Nina, saya Deena." - Deena

"Maaf, saya tersilap orang..." - Kimi

Namun siapa sangka bermula dari pertemuan itu, membawa mereka kepada pertemuan seterusnya dan disebabkan pelbagai kisah misteri, pelik dan seram melanda diri Deena ada kaitannya dengan Nina. 

"Tolooonnggg... tolonngg aku..." - Bisikan dekat telinga Deena

***
"...Dia palingkan badan, sambil hulurkan tangan dia yang penuh bunga melur. Apabila Along pandang muka dia... baru Along perasan, muka kami sama. Tapi lepas tu, muka dia perlahan-lahan jadi kosong. Along terus menjerit dan sedar dari mimpi." - Deena

***
"Bunga melur tu memang kesukaan Nina. Dia suka simpan sebagai pewangi bilik. Hmm pelik jugak mimpi awak.." - Kimi

***

"Kak Nina bagi kunci untuk buka buku merah" - Hakim

"Hakim tak pernah tau kewujudan Nina. Apatah lagi diari merah jambu Nina. Jadi bagaimana nama itu boleh terbit dari mulut Hakim yang comel itu? - Deena

***  

Tanpa mereka tahu...

"Mungkin ada penghuni baharu... aku kena pastikan mereka tak lama di sini. Ini tempat aku dan Nina. Jangan ada yang kacau." - 'dia'

***
[Ok dah, bagi sikit² je.. =p]

Dan disebabkan rasa ingin tahu yang menebal, Deena membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Kimi dalam menyelesaikan puzzle yang muncul satu demi satu berkaitan kehilangan Nina.

Serius, cerita ni memberikan debaran yang bukan sedikit bila membacanya. Nak² bila membaca waktu tengah² malam macam aku ni. Ada pasal mimpi misteri lagi seram, si kecil yang dapat berkomunikasi dengan makhluk halus.. Seram, berdebar, cemas semua cukup. Walaupun agak terdera perasaan aku bila membacanya tapi tetap best!

Pastu bila satu demi satu watak yang mencurigakan muncul, mulalah nak buat spekulasi sendiri siapa sebenarnya yang membunuh Nina. Namun penulis sangat bijak bermain dengan emosi pembaca, apabila setiap tekaan kita asyik salah je. Otomatik rasa ingin tau dalam diri kita sendiri makin menebal (dah jadi ala² Deena jugak ni, perasaan nak tau tu menguasai diri), sekaligus buat kita makin tekun nak membacanya, laju je jari membelek ke muka surat seterusnya. 

Aku ni jenis pembaca tertib, baca page by page gitu. Lagi la buat aku punya rasa ingin tau tu berada pada tahap maksimum.  Nasib aku bukan jenis suka baca lompat² atau terus baca endingnya. Kalau tak, mau spoil abis. Hilang nikmat misteri tu. 

Apa jadi seterusnya? Haaa yang tu korang kena baca sendiri la ek. Nanti hilang pulak segala unsur yang mencemaskan lagi mendebarkan tu. Hilang aura detektif kita sekali. Tak syok la.. Hehehe..

Jadi pada sape yang belum baca, silalah baca ek. Tak rugi pom.. superbest oo!!
posted from Bloggeroid

Review: Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

0
COMMENTS
Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu

Baru dapat mood nak buat review (review la sangat kan)..

Disebabkan aku dah layan drama adaptasi dulu lepas tu baru baca novel ni, makanya dengan mudah aku bayangkan watak² novel ni sebagaimana watak pelakon² dalam drama tu.

Sepanjang aku baca novel ni, tanpa sedar aku dok buat perbandingan dengan drama adaptasi tu.

Rupanya kan, banyak perbezaan. Kalau dalam drama wujud watak Zehra dan Iqram (nak² si watak Iqram) tapi dalam novel ni, hanya nama dorang disebut.

Kiranya dalam novel ni, kalau perasan ia hanya berkisar tentang hero heroin dan mak ayah dorang je. Watak Hady (kawan baik Zain si hero) selit sikit². Watak Eriza (calon menantu baru Mummy Zain) muncul kejap di hujung² cerita dan juga watak Ekin (perempuan yang pernah Zain cerobohi) sikit.

Tapi satu yang tak berubah. Perasaan aku sama je bila baca novel dan bila tengok drama adaptasi tu. Perasaan GERAM pada Zain, si hero.

Sampai aku rasa nak tempek kata² ni kat sini jugak :-

"Ego seorang lelaki - mahukan bunga yang belum diceroboh kumbang untuk dirinya, sehingga lupa bahawa diri tu jugalah kumbang yang pernah menceroboh bunga² yang ada di taman.."

Betul tak? Kebanyakkan orang lelaki ni macam si Zain ni. Realiti. Fakta. Bukan la kata semua tapi KEBANYAKKANnya macam tula kan..

Pada mereka perempuan macam Ersalina (si heroin) ni tak layak untuk dorang.. jijik, kotor, hina.. tapi dorang lupa yang dorang pun pernah buat perkara yang sama pada anak dara orang.

Allah swt tu lebih mengetahui, DIA aturkan jodoh tu yang terbaik dah. Cuma kita je antara sedar dan tidak, akan silap sendiri tu.

Yang ni pulak antara Quote yang aku suka :-

Selalunya apa yang kita perolehi, lebih baik daripada apa yang kita idamkan... - Hady

Hari ini Allah berikan kita luka. Esok² Allah gantikan dengan sejuta kali lebih baik - Mummy Zain

Rasanya cukup la kot ni.. jumpa lagi (^_^)
posted from Bloggeroid

Review: The Wedding Breaker

0
COMMENTS

Suka jugak la baca walaupun agak tersasar dari telahan aku.
Ingatkan keje heroin ni, musnahkan setiap perkahwinan orang.
Rupanya satu perkahwinan je, tu pun sebab nak tolong kawan dia.
Alih² pertolongan dia tu, memakan diri sendiri.
Penuh romantik  yang agak overdose tapi tetap diselitkan unsur agama.
Balance la.

posted from Bloggeroid

Review: JAJA & DIN - Noor Suraya

0
COMMENTS


DARI BELAKANG NOVEL
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami.
Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?


Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...



DARI AKU (PETIKAN ISI NOVEL)
Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi,
jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam, Jaja?

KATA ORANG cinta itu buta!
Kata orang cinta itu meruntuhkan dinding rasa.
Kata orang cinta paling agung... cinta Laila kepada Majnun.

Namun pada Jaja; Cinta Jaja pada Din adalah cinta teragung...!
Tapi cinta Din pada Jaja? Huh, tak tahulah!

FAIZA a.k.a JAJA
Bisakah aku mendapatkan dia untuk seumur hidupku?
Kata orang... pelangi itu sukar untuk digenggam orang. Benarkah begitu?

Aku a.k.a Jaja - Aku ingin jadi langit yg dilindungi awan

Dia a.k.a Din - Aku mengharapkan dialah awan yang melindungi awan

Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung!

Peraturan Hati Jaja;
1. memilih suami yang usianya paling tidak pun tiga tahun lebih tua daripadanya.
2. tidak mahu berkahwin dengan guru. Baginya karakter guru membosankan.
3. nak kahwin dengan orang negeri lain, lelaki Kedah baginya tidak budiman lagi.  Misalnya; mat salih.
4. saling kenal dan saling jatuh cinta, bukan dipasang-pasangkan dan tergesa-gesa.
5. tidak akan memulakan perkenalan kerana baginya perempuan kena ada egonya, kena jaga martabatnya.

Semua peraturan terpaksa dibuang setelah bertemu ngn anak ustaz Che'Pa tu a.k.a Din
1. Din muda hampir setahun daripadanya.
2. Din memang seorang guru yang dipanggil ustaz dan ada yang panggil 'mualim'.
3. Din memang orang Kedah, berasal dari Baling. Sah-sah anak jati Kedah.
4. Din igin bercinta sebelum kahwin? (Nauzubillah, dia kan anak ustaz dan lepasan Al-Azhar pulak tu. Sangat mustahil)
5. Din tak pernah memulakan. .. yalah sebab Jaja yang gatal. (Jaja sedar diri)

Ya, Jaja terkena panahan cinta pandang pertama.

ABAH,MAMA & NINI
Jaja jumpa dia kat mana? - Mama
Di mana Jaja jumpa anak ustaz tu? - Abah
... jadi kat mana ya, kak jumpa dia...? - Nini

Jaja pikiaq betoi-betoi dulu sebelum buat keputusan - Mama
Jaja lihat dulu pro dan kontra... Jaja masih ada banyak lagi masa untuk membuat keputusan apalagi pilihan - Abah
Jurang makin serius. Bukan lagi pasal sekufu atau tidak. Anak ustaz tu kenal Kak Jaja pun tidak. Tak reti nak masuk campur - Nini


BURHANUDDIN AL-HELMY a.k.a DIN
Ya, dia ingin memilih seorang wanita yang mulia sebagai pendampingnya. Seorang wanita yang mengerti erti zuhud. Seorang wanita yang reda keinginan jihadnya. Seorang wanita yang tidak menangis menghantarnya ke misi fi sabilillah.

Tapi... dia dilamar oleh Dato' Aqmar Aziz, pakcik Jaja bagi pihak Jaja.

Rasa tertarik itu ada juga, dia tidak berbohong... tetapi tidak tahu bagaimana rasanya. Pertama kali memandang, rasa begitu wujud. Dia tidak nafikan. Dia tidak berani menjamin rasa itu sebelum memohon petunjuk Allah.

JAJA & DIN
Selamat diijabkabulkan bertemakan perkahwinan dalam taman. Satu-satunya permintaan Jaja. Kehidupan Jaja sebagai isteri Din, sedikit demi sedikit mengubah seorang Jaja menjadi muslimah sejati yg kian mengerti erti iklas, jihad, reda, taat dan zuhud. Itupun atas berkat kesabaran dan memahami yang ada pada Din. Romantik dalam diam tau ustaz Din ni.

JAJA ♥ DIN
Walau Abang Long ingin melamar Jaja namun Jaja tetap dengan hatinya, Jaja tetap tunggu Din biarpun Din hilang di Afghanistan masa menjalankan misi jihadnya.  CUkuplah cinta Din menemani dia dan mujahid kecilnya, Umar.

Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak tetapi sebagaimana yang kita rasa...

JAJA & DIN ~ We lived happily ever after
Penantian dan keyakinan Jaja berbalas apabila Din kembali selepas 12 bulan menghilang.

Burhanuddin, apa yg boleh dikatakan lagi... kerana cinta Jaja padamu sudah tidak boleh disukat lagi... banyak dan melimpah ruah. Terima kasih sebab sayang Jaja - Jaja

Aduhai pemilik kening yang cantik, aku rindu padamu.. aku kasih padamu... aku sayang padamu... hanya kerana Allah! Ya, kerana DIA telah membuka hati-hati  kita dalam cinta yang mendalam... Cinta itu Anugerah. Subhanallah - Din

nOtaKaki :~
Aku suka part Din ceritakan kisah Rasul dan para sahabat pada Jaja
bila Jaja ta dapat tidur malam yang akhirnya menjadi perkara wajib buat mereka pada setiap malam, sebelum mereka tidur. Sweet kan? 


posted from Bloggeroid

HloVate's Collection

0
COMMENTS
Pinjam sepupu punya. Study hard la jawabnya ni

[Aa+Bb]

Sinopsis
Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Kata Aku
Memang aku sangat sukakan gaya penulisan, santai dan penuh ilmu...
 nak² diselitkan tentang agama.
Sungguhlah kisah Addin & Benz ni memeningkan kepala.
Sama
² keras kepala, egomaniac.
Namun sangat sweet bila sama² dah saling jatuh cinta.

Best Quotes
  • Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
  • Does falling in love means that you have to fall for love songs too?
  • Start the day with something sweet and end it with something sweeter.

[TUNAS]

Sinopsis
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya. 

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

Kata Aku
Kisah ni memang la mengingatkan aku pada zaman kegemilangan di ASPURI dulu.
Ia bermula dengan pandangan cikgu yg membezakan antara pelajar kaya dengan pelajar biasa² je.
Permusuhan antara si Eve & Addin.
Saling menjalankan misi balas dendam.
Rahsia Addin & Kucai adik bradik kembar terbongkar.
Kemunculan Benz yg seterusnya mencetuskan kejadian demi kejadian
yg menjadikan mereka umpama Kutub Utara-Kutub Selatan.
Pantang bertemu. Pasti bergaduh.
Dan segala jenayah yg Addin lakukan, siap dibantu oleh Mags 7, junior si Addin.
Jenayah dorang ni memang la hiperbola plus extreme sungguh.
Tak terjangkau di otak aku, even masa aku sekolah dulu pun takde sehebat jenayah dorang ni.
Memang SUPERB!!!

Best Quotes
  • Don't trouble the trouble if you don't want the trouble tp trouble you.

[VERSUS]

Sinopsis
Tapi sekarang ni,budak pakai tudung bersepah je kat luar tu.Ramai.Tapi ramai juga yang pakai tudung tu buat benda yang tak sepatutnya orang yang menjaga aurat tak buat.Pergaulan antara different gender tak terjaga.Bertepuk-tampar suka-suki je.Berkepit sana sini macam kira halal je.Karoke lounge,cinema dengan konsert pun kira boleh redah je.Apabila tudung tu dah jadi trend,fashion and the new 'in' thing dan bukan lagi dipakai kerana tuntutan agama,itu sebab yang jadi agaknya. - Minn Edina

Skate tak salah.The life hat comes with it yang payah nak dibawa - Ashraff Omar

Hlovatulis ~
Hikayat alam street. Memang orang pandang stylo coolio.
Sungguh. Betul. Memang cool.
But it comes with a price.
Kalau nak berubah from what we were, it'll be hell to pay as a manner of speaking.
Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging,
dan untuk mengubah hakikat tu bukan mudah.

Kata Aku
Minn Edina
Perubahan fasa I:
Seorang budak street macam Minn yg terpaksa berubah menjadi perempuan bertudung,
berbaju saiz XXL dan memakai jeans gedabak atas wasiat arwah atoknya.
.Perubahan fasa II:
Setelah mengikuti Khemah Ibadah, yg diajak oleh AO...
berlaku sekali lagi perubahan ke atas Minn selepas berkanalan dgn si gadis bernama Jasmin.

Ashraff Omar
 Berubah drpd budak street kpd muslim yg baik didorong atas rasa sayangnya pada Minn,
yg akhirnya mengubah dirinya menjadi sebenar² muslim.
Setelah dia mula kenal ALLAH swt.
Pencahayaan dari ALLAH, katanya.
 Dia dibantu oleh Bro Hairi, yg tak pernah jemu membantunya mendalami agama ISLAM.
Dari dia mula bertatih, berjalan dan kini mampu berlari.

Best Quotes
  • Buat 'awak' yang mahu berubah... Berubahlah walaupun payah... Berubahlah ke arah hidup lebih indah. Hidup dan masa muda sekali cuma. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya? May Allah bless.
  • Better late than never,tapi it's better to never late.
  • Bukan mudah nak berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap TUHAN.
  • You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet along the way to perfection you'll learn to get better.
  • Dalam Islam, tiada kebetulan. Everything is fated. Only interchanged by God's will, effort and doa.
[PELANGI]


posted from Bloggeroid