Showing posts with label RenungaN. Show all posts
Showing posts with label RenungaN. Show all posts

Konsep Rezeki

0
COMMENTS


🍪 Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

🌂 Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

🎈 Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?


🍫 Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Takkan Pernah Tahu

0
COMMENTS
Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu apa sebenarnya Allah sediakan buat kita sehinggalah kita menempuhnya. 
Kita tidak akan tahu apakah perjalanan kita akan selamat menuju destinasi hingga kita benar-benar sampai di sana. 
Di pertengahan jalan apa yang akan berlaku, tidak pernah kita tahu..

Jangan Minta Mati

0
COMMENTS
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim

Solat Istikarah

0
COMMENTS
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”

Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).

Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.

Tata Cara Solat Istikharah:

Bila?
- Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
- Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam di saat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqama

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).


Lafaz Niat:
“Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

Bacaan Surah yang dianjurkan ulama:

- Rakaat pertama; selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Rakaat kedua; selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

ATAU

- Rakaat pertama; selepas Surah Al-Fatihah baca ayat Al- Kursi (7 kali)
- Rakaat kedua; selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali: 

“Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!”

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

Membaca doa solat sunat Istikharah:


Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan 3-7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Antara Kesalahan Dalam Istikarah:


 Wallahu’alam. Selamat mencari jodoh.

SUMBER - dipetik dari 

Petanda Si Dia Jodoh Kita

0
COMMENTS
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1) Bersahaja 
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur 
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya Mempercayai 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama 
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. 
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. 
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan 
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10) Solat Istikarah & Tawakkal 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

NOTA: Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)

SUMBER - dipetik dari blog 
&

nOtaKaki :~ Compare cepat.. Kena ngan korang ke tidak.. =p

JODOH DAN DOA

0
COMMENTS

Bismillahirrahmanirrahim...

Mencintai seseorang itu fitrah manusia. 
Jatuh cinta tidaklah terlarang selama tidak diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang Allah haramkan.

Boleh jadi, saat ini hati kita condong kepada seseorang.
Sehingga kita menganggap dialah yang terbaik menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti.
Namun hal ini jangan sampai membuat kita berlebihan dalam memanjatkan doa kepada_Nya.

Seperti berdoa, 
"Ya Allah,jadikanlah saya berjodoh dengan fulanah/fulan. Jadikanlah ia yang terbaik bagi saya"

Atau berdoa,
"Ya Allah jika dia bukan jodoh saya, jadikanlah dia jodoh saya."

Padahal Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Sungguh akan muncul kaum dari umat ini yang akan berbuat melampaui batas dalam berdoa dan bersuci."
(Shahih Sunan Abi Dawud, no.87)

Mungkin saat ini kita menganggap dia yang terbaik, namun belum tentu dia ah yang terbaik menurut Allah swt.

Allah swt berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (QS. Al-Baqarah:216)

Allahswt yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi kita.
Termasuklah dalam masalah jodoh.

Kita boleh berusaha sekuat tenaga meraih yang kita inginkan, namun kita harus bertawakal dan menyerahkan hasilnya kepada Allah swt. Jodoh kita mungkin dia yang sekarang kita cintai, mungkin juga bukan.

Namun pasti itulah yang terbaik bagi kita.
Yakinlah apa yang Allah swt berikan adalah yang terbaik bagi kita.

Maka cukupkanlah diri dengan berdoa:
"Ya Allah karuniakanlah kepadaku seseorang yang terbaik bagiku,
terbaik bagi dunia dan akhiratku."

Dan sudah konsekuensi mengharapkan jodoh yang baik bererti sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi.. .insyaAllah..



Ujian Allah swt itu Bonus Pahala

0
COMMENTS
Apabila Allah swt menguji hati kita, kehidupan kita.. 
itu bukan tanda Dia tak sayangkan kita. 
Tapi sebaliknya, sebab DIA sayanglah DIA uji kita. 
Nak bagi bonus pahala berganda pada kita.. 
Dalam dunia ni, tak ada manusia yg hidupnya tidak diuji.. (^_^) 

Mutiara Kata untuk renungan bersama; 



nOtaKaki :~ 
Dalam aku rasa hidup aku teruji, aku lupa orang lain pun turut diuji sama..
Kira ni ingatan untuk diri sama la...

Kalau Cinta Jangan Hanya Dalam Kata

0
COMMENTS

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau Cinta Jangan Hanya Dalam Kata...
Jangan terlalu percaya diri ketika seseorang memberitahu bahawa dia mencintaimu..
Sampai bila rasa itu bertahan andai hanya sekadar dijalani tanpa tahu akan dibawa ke mana hubungan yang terjalin?

Kerana sama seperti musim, manusia akan berubah seiring perjalanan waktu..
Boleh saja hari ini mengatakan cinta, esok sudah lupa kerana tertarik kepada yang lebih tampan atau jelita..

Bagaimana harus setia kalau hubungan yang terjalin hanya sekadar suka sama suka..?

Bagaimana akan melepas rindu kalau hanya cinta yang semu..?
Bagaimana kita bisa terus bersamanya sepanjang waktu kalau Allah belum restu..?
Cinta yang tak halal, sejatinya begitu rapuh kerana tak ada ikatan antara keduanya..

Oleh kerana itu, kalau cinta jangan hanya dalam kata...
Wujudkan dalam tindakan nyata dengan menghalalkannya..

Mintalah diberi kemudahan kepada Allah kerana sesungguhnya Dia akan mengabulkan kalau itu yang terbaik bagi kita..

Jangan lelah merangkai rasa dalam doa dan ikhtiar, kerana janjiNya adalah benar..

Bagi yang belum memiliki kekasih halal,
Mari kuatkan azam untuk segera menghalalkannya.
Andai belum memiliki sesiapa, janganlah cinta yang hakikatnya suci itu kita kotori dengan nafsu sesaat yang merugikan kita baik dunia dan akhirat..

Bersabarlah dalam ketaatan.
Semoga Allah memberi kemudahan...
Aamiin.

nOtaKaki:~ 
Definisi cinta semu; suatu perasaan yang bukan benar-benar cinta atau sayang.
Dengan kata lain, cinta palsu yang tak bertahan lama.

Cinta dan Hati

0
COMMENTS
 [Repost]

Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang... 
dan bila cinta itu tidak berbalas  
Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila.. 
 mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari  
Kekuatan untuk menyatakan rasa cinta..  
kepada orang yang dicintai.
Mungkin juga Allah berkehendakkan kita...
berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodoh  kita.
Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar..  
kita akan menghargai betapa bernilainya PemberianNya itu...
Apabila tertutupnya pintu kegembiraan...
ada pintu lain yang masih terbuka  
Tetapi mengapa kita harus terus menanti  
di depan pintu yang telah tertutup itu?  
Sehinggakan kita tidak sedar ada pintu lain yang terbuka untuk kita. 
Memang benar...
kita tidak menyedari apa yang kita ada 
sehingga kita kehilangannya.  
Dan memang benar juga,
 kita tidak tahu apa yang kita hilang sehingga ia muncul dan kita menemuinya.  
Memberi cinta pada seseorang...  
tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali...  
Jangan mengharap cinta akan dibalas..  
Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya..  
tetapi jika sebaliknya  
Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita.
.  
Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar..  
dari seseorang yang hendak kita dengar  
Tetapi janganlah kita memekak telinga 
untuk tidak mendengar pada orang yang menyatakannya dari hatinya. 

Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba  
Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannnya  
Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang..  
Jika kita tidak mampu melepaskannya.  
Cinta hadir
Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewakan...
Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati... 
Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai...  
Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membina kepercayaan itu kembali  .

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang,  
Cuma seminit untuk menyukai sesorang..  
sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang  
Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang.  
Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum  
Kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman 
untuk menghilangkan awan-awan kesepian yang menutupi cahaya yang gelap  
agar dapat sinar mentari mencerahkankan langit yang selama ini mendung 
dan mengembalikan keceriaan yang selama ini lesu... 

Semoga kita dapat menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum  
Dan mampu untuk senyum buat selamanya...

Warna-warni Kehidupan

0
COMMENTS
 [Repost]
Kalerful


Hidup ini unik. Penuh seninya. 
Tidak selalunya berbunga ceria, tidak juga sentiasa berduri bahaya. 
Selalunya juga apa yang diharap-haap, tidak pula dinikmat rasa. 
Apa yang tercampak jauh. itu pula yang bekejar-kejar menimpa. 
Lalu jika dihayati sebenarnya, ia penuh dengan WARNA_WARNA KEHIDUPAN. 
Bagai alam ciptaan Maha Esa ini, ada kurang di sebalik sempurnanya. 
Dan ada sempurna di celah-celah kekurangannya...

SUMBER: http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/  


Ia punya penuh makna yang sangat menarik hati aku
 Seperti warna; hidup ini penuh dengan ujian, dugaan, sedih, gembira, pahit, manis..
 segala rasa terkandung di dalamnya.
Namun, setiap yang jadi itu pasti punya maknanya tersendiri. 
              
          Hargailah setiap yang berlaku dalam hidup kita
Kerana bila ia berlalu, pastinya ia takkan kembali lagi.
Apa yang kita mampu, hanya mengenangkan ia sebagai sebahagian daripada memori hidup kita.

Ayat-ayat Ruqyah Syariah Penuh

0
COMMENTS
Al-Fatihah (7x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)



5 ayat terawal Surah al-Baqarah (1x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)



Ayat al-Kursi (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ



2 ayat terakhir Surah al-Baqarah (1x)

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ



Ayat daripada Surah Ali Imran (1x)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ. رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ * رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ



Ayat-Ayat daripada Surah Yunus (7x)

قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ



Ayat daripada Surah al-Ra‘du (7x)

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28)



4 Ayat terakhir daripada Surah al-Mu’minun (1x)

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (116) وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آَخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (117) وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ



Ayat daripada Surah al-Nur (1x)

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (35)



Ayat-Ayat  daripada Surah al-Saaffat (1x)

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ (6) وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ (7) لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ (8) دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ  7x (9 ) إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ



Ayat daripada Surah al-Zumar (3x)

قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ (38)



4 Ayat terakhir Surah al-Hasyr (3x)

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ



2 Ayat terakhir Surah al-Qalam (3x)

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ (51) وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ



Ayat daripada Surah al-Buruj (7x)

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ



Surah al-Ikhlas (11x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)



Surah al-Falaq (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)



Surah al-Nas (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Terapi Ruqyah

0
COMMENTS
Tadi aku dah share pasal Cara Mengesan Jin dalam Badan.
Ternyata tanda² gangguan jin tu kebanyakkannya ada pada diri aku.
Hmm nampak sangat, 'mende' tu masih melekat pada aku.
Ingatkan sudah berjaya dibuang.
Maklumlah dulu aku ke sana sini, jumpa ustaz untuk pulihkan aku.

Artikel Cara Mengesan Jin tu aku peroleh dari wall FB Kak Jue.
Dari situlah membawa aku berkenalan dengan Terapi Ruqyah.
Laju je aku mendownload ayat² ruqyah syariah tu tadi.
Download di lappy dan juga phone.
Senang nanti.

Al-kisahnya;
Selepas solat Asar tadi aku pasang ayat Ruqyah tu kat lappy,
sauk headphones kat telinga.
Volume pasang agak tinggi.
Aku tekan button play, pejam mata... dengarkan ayat² tu.
Makin lama hati aku makin gelisah.
Jantung pun berdegup laju je.
Lepas tu diikuti dengan rasa berbahang di lengan kiri aku.
Tengkuk pun rasa semacam je.
Bukan tu je, aku dok terasa ada mende gerak² bawah kulit aku.
Kat lengan, kaki... Huhuhu...
Sah lagi terbukti! Jin bersarang dalam badan aku.
Huhuhu..

Aku baca kat 
Untuk orang macam aku ni, seeloknya kene dengar ayat ni 3 kali sehari.
Buat tiap² hari.
InsyaAllah dapat mengusir jin² atau sihir serta dapat memagar diri daripada 'mende²' gitu.

InsyaAllah, akan aku amalkan.
Tak sanggup aku berkongsi badan dengan 'mende' tu.
Penat o0oo...
Dapat sakit pun ye...

Kalau korang pun ada mengalaminya
(tanda² gangguan jin ada pada korang)
Cubalah amalkan terapi ruqyah ni.
Mudah²an kita sama² dapat jauhkan diri daripada gangguan 'mereka'.
Aamiin...

nOtaKaki :~ 
Selama ni aku ingat, ayat tu pasang dalam rumah je, kuat².
Tak tau pulak boleh guna secara individu macam ni.
(-_-")

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

0
COMMENTS



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

nOtaKaki :~ Banyak tanda² tu ada pada aku (T_T)

Istikarah Cinta

0
COMMENTS

Ya Allah…
Jadikan cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku
dan satukan cinta kami dalam mencintaiMu 
dan di atas kecintaanMu
wahai Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Menyayangi...

Dipetik dari
e-novel; Suami Untuk Dilelong

Sumber - GOOGLE

"MELUPAKAN MASA LALU YANG MENYAKITKAN"

0
COMMENTS

Bismillahirrahmanirrahim…

Walaupun suatu waktu ketika ada seseorang yang telah sengaja mengkhianatimu di masa lalu.
Maka tak ada alasan bagimu untuk tidak memberi maaf kepadanya.

Akan tetapi... 
Sudah ada cukup alasan bagimu untuk tidak mempercayainya kembali.

Berhentilah memikirkan orang-orang yang telah mengecewakanmu di masa lalumu.
Berhentilah berharap kepada orang-orang yang telah dengan sengaja menyakitimu di masa lalumu.
Karena hal itu akan membuat banyak waktumu terbuang percuma dan sia-sia.

Percayalah..
Allah pasti punya alasan kenapa dia tidak berada bersamamu di masa sekarang
dan di masa depanmu.

Ingatlah..
Jangan sekali-kali berprasangka buruk kepada Allah atas keputusan-Nya.
Apalagi sampai membenci Allah karena Ia tidak selalu memberikan apa yang kamu inginkan.

Tapi yakinlah...

Allah lebih tahu apa yang kamu perlukan daripada sekadar apa yang kamu inginkan. 
Akan ada waktunya bila DIA akan memberimu suatu yang lebih indah dibandingkan dengan apa yang telah hilang dari genggamanmu.

Dan itulah sebenar-benarnya Kurnia Nikmat-Nya yang terkadang banyak dari kita tidak menyedarinya

dipetik dari :~

Doa tentang Cinta

0
COMMENTS
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya. 

 " Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu, 

 Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. 

 Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu. 

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, 
"Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")

ALLAH mahu kita mengerti

0
COMMENTS
KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
AL-QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

APA YANG AKU DAPAT ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”




Cinta Jangan Dipaksa

0
COMMENTS

It's true isn't it?
Tak semua cinta yang dipaksa tu menjadi
Kadang-kadang semakin ia dipaksa, semakin rasa susah untuk diteruskan
Jadi janganlah diteruskan kalau macam tu gayanya
Bimbang nanti banyak hati yang akan terluka

Biarkan ia hadir sendiri
Indahnya akan terasa di hati
Bukan pada kita sahaja, namun pada si dia juga
Bahagia tercipta
Duniamu pasti berseri

Berpeganglah pada janji Allah swt
Yakinlah pada aturanNYA
Pasti ada yang terbaik menantimu kelak
InsyaAllah
Aamiin

Jika Seorang Lelaki Mencintaimu

0
COMMENTS


Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan memanjakanmu seperti anak kecil,
bahkan dia sendiri tidak tahu alasan memanjakanmu seperti itu...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan senantiasa membuatmu senang,
sebab dia tidak akan membiarkanmu menitiskan air mata...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menangis untukmu tanpa tahu kenapa dia jadi begitu lemah di depanmu...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan mengaktifkan telefon bimbitnya 24jam untukmu,
sebab dia mahu bila dan di mana saja, kamu bisa menemukan dirinya...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menganggapmu paling baik dan tidak akan membandingkan mu dengan wanita lain...




Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan selalu menemanimu walaupun dia sedang sibuk...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia tidak akan setuju kamu diet,
sebab kesihatanmu menjadi prioriti utama...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menyimpan segala sesuatu tentang mu di telefon bimbitnya dan akan tertawa bodoh sendiri ketika melihatnya...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan dengan sabar mendengar curahanmu saat kamu sedang sedih,
sebab dia tak ingin membuatmu merasa sendiri....

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia sangat ingin hidup bersamamu dan menghabiskan hari-harinya hanya bersamamu,
sebab kamu menjadi bahagian terpenting dalam hidupnya...




p/s:- apabila kamu menemui lelaki yang sepertinya, hargailah dia.. sayangi dan cintailah dia seadanya..


Sayyidul Istighfar

0
COMMENTS

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, mlm nie, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam nie.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Wallahu a'lam.


AMALAN bersama sempena malam 1 Rejab...