Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts

Rindu Yang Menyesakkan Jiwa

0
COMMENTS

Di saat demam berleluasa..
Ini yang kurasa...

Ya..
Rindu yang menyakitkan..
Rindu yang menyesakkan..

Jangan hukum aku dengan SEPI
Kerana ia punya banyak makna

Haruskah aku meneka..
Antara AKU dan KAMU..
Kisah kita sudah sampai di penghujungnya?
Atau ini seperti selalunya,
hanya sesuatu yang kamu cuba ajarkan kepadaku?

Andai besar salahku,
Maafkan aku.
Andai maaf tak lagi bisa kamu beri..
Ucapkan agar diri ini mengerti..


nOtaKaki :~ AKU YANG SARAT DENGAN EMOSI

Kisah Kau dan Aku

0
COMMENTS

Mungkin semalam, kisah Kau dan Aku bergabung menjadi satu cerita...
Tapi hari ini, tidak lagi, kisah Kau dan Aku sudah mempunyai jalan cerita tersendiri...
Terpisah menjadi dua cerita...
Kau dengan jalan cerita kau...
Dan Aku dengan jalan ceritaku...


Jalan yang Sukar

0
COMMENTS


Jalan yang kita tempuh tidak semudah yang disangka,
Kadangkala kita jua tersungkur,
Kadangkala kita jua mengaduh sakit terkena duri-duri tajam,
Kadangkala kita menangis akibat debu-debu kotor yang melekat di tubuh…

Jalan yang sukar itu tanda cintaNya kepada kita,
Jalan yang berliku itu ujian tanda kasihNya pada kita,

Untuk menjadikan kita tabah serta sabar dalam menghadapi dunia yang kian ganas..

Dunia ini hambar tanpa ujian,
Hati ini keras tanpa deraian air mata..

Jangan bersedih andai jatuh tersungkur,
Jangan berduka andai rebah menyembah bumi,
Kerna setiap langkah kaki diambil kira oleh Allah..

Bersabarlah dan bertabah la..
Besar ganjaran drpd Nya yg menanti..♥

#madahpetang #kopipes #editsanasini #ubatstress #picComelKan #penyeriWall #sambungwatkoje
posted from Bloggeroid

Rindu Rasa Itu

0
COMMENTS

Tetiba malam ni dalam sibuk dok study untuk intebiu esok,
hati dilanda kerinduan yang memuncak.

Rindu..rindu...rindu...

Rindu pada Kak Rin,
macam dah lama je tak koling2 merapu sesame, gelak sesame dan nanges sesame..

Pastu ni, aku dilanda rasa rindu ingin punya teman di sisi.
Teman yang ada di saat suka duka aku.
Teman yang boleh berkongsi apa saja cerita.
Teman yang berbeza jantina.

Ya, teman itu.
Kuat pulak rasa rindu sebegitu hadir dalam jiwa..dalam hati ni..

Mungkinkah sebab malam ni,
aku tak sibuk merempit a.k.a menjahit,
sekadar study je jadi bosan dan sepi tu mengisi segenap ruang hati ek?

Adoii, aku pun tak tau la.
Yang aku tau, aku memang rindukan rasa itu.
Sayang dan disayangi.
Cinta dan dicintai.
Rindu dan merindui...

Sayang, cinta dan rindu.
Bahagia sangat bila memiliki 3 rasa ni.
Tapi jangan lupa, 3 rasa ni datang dengan segala pakej tau.
Bukan hanya ada bahagia, ada jugak duka, sedih, terluka, masam, masin, kelat, pahit, payau.
Hehehe..
Pakej pelbagai rasa la pendek katanya.

Suatu masa dulu, aku penah merasainya.
Dan sekarang aku aku teringin nak merasainya kembali..
Adakah faktor umur yang mengundang hebat rasa itu?
Kihkihkih~~

Doakan aku yang terbaik untuk aku. Ya, kalian =)

Goodbye My Love

0
COMMENTS
Fated to Love You OST , Goodbye My Love by Ailee
My tears remember
It fills up your seat again
I try erasing but I can’t erase you
You’ve become my everything

You, I can’t see you, I can’t hear you
But I’m okay
Goodbyes are sad, my heart aches
But if you are happy, if you can smile, then I…

I will miss you the more I erase you
I will shed more tears than today
Like fate, I won’t ever have anyone like you
Only you, only you
As much as my tears, I hope you are happy
Good bye my love

My heart already knew
This feeling of loneliness that’s about to explode
I try to hide it but I can’t hide it
You’ve become my heart

You, I can’t have you, I can’t touch you
But I’m okay
Endless pain, tears shed again
But if you are happy, if you can smile, then I…

I will miss you the more I erase you
I will shed more tears than today
Like fate, I won’t ever have anyone like you
Only you, only you
As much as my tears, I hope you are happy

You will think of me at least once
That’s all I need, until the day we meet again
I’ll wait, it’s only a momentary goodbye
Goodbye my love

nOtaKaki :~ Lirik ni sangat melekat di jiwa raga aku.

Cinta Itu Menyakitkan

0
COMMENTS

Allah... ngilu rasa dada ni.
Tahan sebak yang menggila..
Kenapa perasaan ni menusuk kembali jiwa ragaku?
Kenapa setelah sekian lama rasa itu masih kuat mengenggam hati sanubariku?

Aku tau ENGKAU sebaik2 perancang.
Aku sedar ENGKAU punya perancangan besar lagi hebat untuk aku.
Tapi aku kalah.. kalah dengan perasaan sendiri.

Apakah ENGKAU sedang merencanakan sesuatu di antara kami, maka ENGKAU ketemukan kami kembali?
Terlalu banyak persoalan yang bersarang di fikiran ni.
Tapi aku tau, tiba masanya aku akan peroleh jawapan untuk setiap soalan aku..

Ya Allah, terus tabahkan hatiku untuk melalui saat2 ni.
Kuatkan jiwa dan pemikiranku..
bahawa dia bukan milikku.
Permudahkanlah diriku untuk melepaskan dia sepenuhnya dari hatiku, Ya Allah..

:: Sesungguhnya mencintai seseorang yang agak mustahil untuk kita miliki itu sangatlah menyakitkan::

Yeah... love hurt... damn much...




Ada Rindu Mencuit Hati

0
COMMENTS

Aku layan movie ni tadi.
Jalan cerita biasa2 je.
Tapi kelakar tengok watak Andi (Fezrul Khan) dengan Puteri (Erin Malek).


Dah lama sungguh kan, aku tak mencoretkan kisah hati..lakaran hatiku di sini..
Malam ni, entah kenapa..
Bila dok gelak2 tengok Si Andi ni.
Hati ini teringat pada kenangan lalu.
Lantas mencuit hati dengan rasa rindu yang hadirnya tiba2.
Ya, wajah Andi (Fezrul) ni mengingatkan aku pada dia..
Mr.DiAS.

Takpe la, anggap la ia kebiasaan hati manusia.
Yang kadang2 lemah pada kenangan.
Ya, mungkin itu jawapan yang tepat.

Wahhh... sangat jiwangkan ayat aku.
Kih Kih Kih...
Kejap je ni.
Mainan perasaan kata orang.

Mr.DiaS dah nak jadi bapak budak dah korang oih!!
Biarkan... =p

Selamat Hari Ibu

0
COMMENTS


EMAK
Saya sayang mak saya.
Mak saya adalah antara tunjang kukuh yang menyokong seluruh kehidupan saya.

Awak semua boleh bayangkan betapa pentingnya mak pada saya..
Betapa besarnya pengaruh mak pada kehidupan saya..

Terima Kasih Ya Allah
kerana mengurniakan aku..
Ibu sehebat mak aku...
posted from Bloggeroid

Penantian MH370 Berakhir

0
COMMENTS
pic crdit to its owner

Innalillahi Wainailaihi Rojiun...
Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..

Berakhir sudah penantian kita selama 17 hari ni.
Al Fatihah buat mereka.
Salam takziah buat keluarga yg terlibat.
Bertabah dan bersabarlah menghadapi kenyataan ini.

Penantian sudah berakhir..
Menunggu persoalan pula untuk dijawab.
Moga kotak hitam pesawat ditemui.
Ya Allah, permudahkanlah pencarian itu...

Sebak.. sangat sebak..
Moga roh mereka semua di tempatkan di sisi orang² beriman.
Aamiin..
posted from Bloggeroid

Pray For MH370

0
COMMENTS


Sebak aih bila tengok tv, baca kat Home Feed FB..
Semuanya pasal kehilangan pesawat MH370.

Ya Allah bukakan lah hijabMu.
Tunjukkanlah kami di mana ia.. di mana mereka.
Akhirilah penantian kami.
Noktahkanlah kedukaan kami.
Hanya padaMu tempat kami bergantung
Dan hanya padaMu kami berserah...
Aamiin..

Tabahlah hati kamu, duhai keluarga yg terlibat.
Cukuplah mencipta spekulasi duhai kamu yang rasa diri hebat. Mengetahui segala bagai..
Teruskanlah berdoa duhai kamu dan aku. Rakyat Malaysia.
Moga segala misteri ini segera terlerai..

#SebakMakinSebakJomSambungWat Keje
posted from Bloggeroid

Silent War

0
COMMENTS


Uwaaa... !!!
Nak nanges...!!!
Tapi air mata takmo kua plak..
Haish...

Ayah lancar perang senyap kat aku.
Dengan kata lain, langsung tak bercakap dengan aku.
Kiranya aku ni invisible la depan mata dia.
Tak Wujud!

Hmm...
Salah ayah tapi salah aku jugak.
Kot² mana pun akan jadi salah aku jugak kan.
Sebab aku ANAK..

Ntah la..
Nak PI MINTAK MAAF, rasa macam BERAT MULUT je..

ADIK pun lancar perang jugak.
Sentap jugak ngan aku.
Tu pulak gara² aku marah dia sebab dia tak paham² apa yang aku ngan kak ngah ajar Math semalam..

Haishhh.... tension weyh bila semua pakat sentap!

Boleh bawak kepada tekanan jiwa camni.
Hasilnya: HARI NI AKU TAK WAT SATU KEJE PUN. Memerap dalam bilik je..

Huhuhu..
Sedih weyh!!!

Kat sini jela, aku boleh meroyan pun.
Sobsobsob...
😭
posted from Bloggeroid

Selamat Tinggal 2013

0
COMMENTS
 

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya.
Hari terakhir untuk tahun ini.
31122013

Setahun ni, bertambah lagi kenangan dan pengalaman yang aku lalui.
Segala rasa pahit, manis, masam, masin, tawar.
Semua bergabung menjadi rencah yang menyedapkan lagi kehidupan aku.
Ada ketikanya aku gembira, ada ketika aku sedih.
Normal la tu kan?

Tahun ni.. hmm apa perkara besar yang jadi ek.
Kejap nak pikir.. Hmmm...

Haaa.. aku putus cinta. *lagi* 
(Tu pun tak dan nak mula mana lagi, jadi layakkah dikatakan putus cinta?)
Hahahaha...

Pastu aku jumpa kerjaya aku.
Jiwa aku.
Ini SANGAT BESAR bagi aku.
Apakah ia?

=MENJAHIT =

Maka memang aku abadikan hari2 aku dengan menjahit.
Aku seronok sangat.
Banyak perkara aku belajar dalam mengambil tempahan orang.
Kata mak, aku berani. 
Berani terima tempahan, walhal tak pernah buat lagi.
Jadi dengan kata lain, baju customer tu jadi bahan ekperimen aku.
Ngeh ngeh ngeh.
Alhamdulillah la, untuk masa ni semuanya menjadi.
Fuuhh.. lega. Nasib baik kan..
Kalau tak, haru nak mengganti bagai.

Tambah buat aku super duper happy dan kembang hidung...
Mak ayah dan kak ngah sangat bangga dengan kerjaya baru aku ni.
APa lagi, mak dan kak ngah makin rajin la beli kain.
Soh aku jahit.
Kikiki~

Lagi apa ya?
Kawan-kawan cheq pakat kawen, 
pastu yang da kawen pakat tambah anak.

Haish, tak boleh jadi ni...
Cheq jugak yang dok sorang2 lagi.
Rilek.. rilek.. jodoh cheq tak mai lagi.
Tahun 2014 cheq kena jalankan misi nampaknya..
Misi apakah?
= MISI MENCARI KEKASIH HALAL =
Kira azam baru aku la tu.
Boleh gitu?
Hahaha.. aku kalau tak merapu, tak sah. :p

Yang terakhir...
Jodoh Abang Cik dah sampai, baru ni dah diadakan majlis merisik simple.
InsyaAllah 12042014 bakal jadi tarikh bermakna buat dia dan kami sekeluarga.
Aaminn...

Itu jela kot, yang lain ada tapi malas nak senaraikan.
Kita highlight yang ni ja naaa...
Ekekekekek..

Moga kita dipanjangkan umur untuk meneruskan lagi kehidupan kita.
Dan juga....
Moga 2014 menjanjikan sesuatu yang lebih menggembirakan dan membahagiakan buat aku, 
kamu dan kamu...
Cepat aminkan...
Aamiin!!!!


Ok la, nak pi tengok Running Man Year End Special.
Daaa!!!

Good Bye 2013, Welcome 2014



11.12.13

0
COMMENTS
 

Tarikh ini membuatkan aku secara tak sengaja kembali menggali kotak ingatanku,
mencari kenangan aku dan dia.
Entah kenapa semuanya samar2 belaka.
Mungkin sebab kisah kami dah jadi sejarah,
 tanpa aku sedari sebahagiannya sudah tekubur dalam ingatan kot.
Ya... ia kisah Aku & Mr DiAS..
Sudah cukup lama berlalu.

Dan tanpa aku sangka, Mr Funny jugak muncul.
Memberi kenyataan yang tak pernah aku fikirkan.
Huhuhu..
Dia jugak membawa aku kembali kepada memori kami yang dulu.

Mujur saja aku kuat.
Pengalaman telah mengajar aku jadi kuat sebegini.
Jadi aku tak melatah dan mampu bersikap tenang menghadapi kamu.

Kenangan... ingatan..
Walau sehebat mana kita cuba tanam jauh di ingatan kita,
atau sekerap mana kita cuba padamkannya..
Ia tetap akan berada di situ.
Yang membezakan;
 Sama ada jelas atau samar sahaja.
Penting atau tidak...
Dan itu yang akan menentukan sama ia dapat memberi impak lagi pada kita atau tidak...

Cukup sajalah kemerapuanku untuk masa ini.
Terasa sangat merapu.
Ye, memang merapu pun.
Oh, aku merapu!
~~Sekian~~


- to Mr DiAS - 
Happy Birthday, moga terus bahagia bersama mereka yang tersayang.

- to Mr Funny - 
Jangan dikenang lagi kisah kita. Teruskan mengukir kisah barumu tanpa adanya aku.
Kita tetap sahabat.

- to Myself -
Teruskan hidupmu dengan senyuman, bahagia ada di mana2.
Terpulang padamu untuk mentafsirkan bahagia tu bagaimana...
Yakinlah, ada takdir yang indah sedang menantimu...

Kejadian Itu...

0
COMMENTS
Hari ini, 17/11/2013..
Genap 2 tahun sejak kemalangan itu.
Kalau ikutkan waktu sekarang ni, pukul9 malam
aku masih di ER bertarung nyawa bak kata orang.


Bagaikan mimpi lepak hampir 10 hari di wad dan berbulan² dijaga bagai bayi oleh mak ayah dan adik².

Terasa cepat sungguh masa berlalu.. 
Kini aku bisa kembali berjalan dengan kaki sendiri, mengangkat barang² dengan tangan sendiri.
Dengan kata lain, dapat uruskan diri sendiri..

Allah swt pulangkan kembali nikmatNya sedikit demi sedikit kepadaku.

Walau jalanku tak segah dulu,
walau tangan kiriku tak sekuat dulu,
walau wajahku tak selicin dulu..
walau lidahku kerap kali kebas2...
namun aku bersyukur ia semua mampu berfungsi dengan sebaiknya.
Alhamdulillah atas segala nikmatMu, Ya Allah..

Aku bahagia, gembira dan bersyukur dikurniakan keluarga sehebat keluargaku, 
yang tak pernah berpaling daripadaku walau sekalipun.
Sentiasa ada di saat suka dan dukaku.

Aku juga berterima kasih pada kawan²ku. 
Aku yakin berkat doa dan semangat mereka menjadikan aku kuat untuk lalui saat² getir dalam hidupku.

Dan untuk semua itu, aku tau aku kena berterima kasih padaMu, 
Ya Allah kerana setiap aturanMu adalah yg terbaik untukku.

Berjiwang pulak aku ni kan..?
Hehehe..=p

Aku yang sekarang, masih aku yang dulu.
Kot..? ^_~

posted from Bloggeroid

Takkan Pernah Tahu

0
COMMENTS
Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu apa sebenarnya Allah sediakan buat kita sehinggalah kita menempuhnya. 
Kita tidak akan tahu apakah perjalanan kita akan selamat menuju destinasi hingga kita benar-benar sampai di sana. 
Di pertengahan jalan apa yang akan berlaku, tidak pernah kita tahu..

Rindu Yang Terpendam

0
COMMENTS

Aku tak boleh mengeluh, merungut dan sewaktu dengannya sebabnya;
Aku yang memilih jalan sebegini.
Jadi rindu yang kadang2 menggebu di dalam hati ni, terpaksa dipendamkan saja.

Cukup la merapu, selam dulu. Cia0!

Antara Suka & Cinta

0
COMMENTS
.
..Suka tak bermaksud cinta. Dan dalam hidup, antara suka dan cinta.... Rindu pilih suka kerana cinta itu membahagiakan hidup. Tapi, ada masa cinta juga boleh mendatangkan derita.... - petikan  SUD

Bila baca e-novel ni, nak² part tu.
Dengan lajunya terlintas kepada situasi sendiri.
Ya, aku sangat setuju dengan kata² Rindu tu sebab aku pun buat pilihan macam dia.
Antara cinta dan suka, aku lebih pilih suka.
Cinta selalu mengkhianati aku. Cinta juga yang selalu membuat aku terluka...
Jadi aku lebih selesa memilih suka.

Cinta? Hmm payah aku nak tafsir tentang itu.
Hati pun kadang-kadang konpius.
Kita rasa kita mencintai dia tapi bila sesuatu terjadi, kita dengan mudah melepaskan dia.
Menyerah. Meletakkan noktah pada hubungan itu.
Cintakah begitu atau apa?

Entah la, mungkin masa dan keadaan akan memberikan jawapan tepat untuk aku kot.
Huhuhu..

Stop merapu!
Jumpa lagi, ciao!!!

Letting Go

0
COMMENTS

Yeah... it's true.
Susah tapi kena bagi senang.
Sebabnya?
Kalau berterusan akan ada yang menjeruk rasa, memendam perasaan, merawat luka sendiri.

Kesimpulan?
Let it g0. Lepaskan...
Pada aku, itu yang terbaik.
Tamat sudah kisah Aku, Dia & Kami.


Ya, inilah cara untuk aku pulihkan hati aku balik.
Memang aku keliru sama ada betul atau salah keputusan aku tadi.
Tapi biarlah, ia dah jadi langkah pertama aku setelah aku pendam lama.
Aku penat. Aku nak bahagia, bukan duka sepanjang masa.
Betulkah ini Pengakhirannya?
Pada aku ya tapi entah, aku pun tak tau apa akan jadi masa akan datang.
Aku serah pada Yang Maha Mengetahui.


Aku pernah kuat, jadi tak mustahil untuk aku jadi kuat lagi, kan?
(Ayat pujuk diri..=p )
Aku yakin, tiba masanya DIA akan berikan apa yang sepatutnya.

nOtaKaki ;- Mengaku salah sendiri tu bukan menunjukkan yang kita lemah.

Aku, Dia & Kami...

0
COMMENTS
Hmmm... -_-"

Macam dah lama je aku tak mengungkap Kisah Hati kat sini kan..?
Hmm.. kejap tadi aku dan Incek GB berbalas hujah pasal pendapat masing2.

*****
"Saya ada idealisme saya sendiri yang orang lain tak mungkin akan faham. Jadi, awak tak perlu faham saya sangat." - Dia

"Saya dah berusaha untuk faham awak tapi rasanya YA, saya tak mungkin dapat fahami awak." - Aku

*****
Aku... Dia.. Kami...
Macam aku selalu kata...
Tersangatlah berbeza. Bagai langit dan bumi.
Tak sefahaman.
Tak serasi.
Hubungan tak macam orang lain.
Pelik.. unik.. dan menyesakkan kepala kadang2 tu.

****
"Fikirlah apa yang patut. Kalau takut dan tak yakin, awak tau kan apa yang perlu awak buat." - Dia

"......" - Aku *diam je*

****
Itulah penutup kepada sesi hujah yang tak berapa nak hujah kami tadi.
Mungkin kami perlukan penutup terbaik untuk kisah kami ni.
Tapi....
Adakah terbaik untuk aku itu, terbaik untuk dia sama?

Read then try to understand

0
COMMENTS
You know my name not my story.
You see my smile. not my pain. 
You notice my cuts not my scars.
You can read my lips not my mind....