Showing posts with label Suka Suki. Show all posts
Showing posts with label Suka Suki. Show all posts

Tukar Tarikh Lahir dalam Kalendar Islam

0
COMMENTS
Tetibe daku rasa nak cuba ni..
Maka inilah hasilnya

Besday aku dalam bulan Islam, hujung tahun tuuu...
12 Zulhijjah 1406 atau 12.12.1406
Masa RAYA HAJI gituu...
Ngeh3....

Kalau korang nak cube, boleh la klik kat sini

Homemade Icecream

0
COMMENTS


Yeehaaaa!!! Kami adik bradik buat aiskrim ni tadi.
Aku cuti hari ni kan, jadi boleh la tolong menyibuk sama.

Sebelum ni kak ngah buat tak berapa jadi, banyak buih pastu dalam proses nak beku tu, dia jadi mendap.
Dia tak puas hati, tu yang kami try buat lagi.

Kali ni, aku pulak cuba buat ikut arahan dari kak ngah, chef tuu..
Adik pun tolong sama.
Alhamdulillah, suka hati kami. Menjadii!!!

See.. gebu kan??


Lepas tu, tuangkan dalam bekas asing2.
Sebab nak buat perasa berlainan.
Kami buat strawberi dan coklat.

Dah kacau sebati, apa lagi tuang la dalam bekas.
Kami boh dua flavour serentak, dan ia tak bercampur.
Dabel konfem, menjadi!!!



Nilah hasilnya....
Tada!!!!


Kami tambah cip coklat & acang hazel tadi.
Tabur je atas tu..
Nak kasi lagi mantop!
Ngeh ngeh ngeh..



Ni resipi dari Chef Fihana a.k.a kak ngah:-
3 cawan susu segar
1/2 cawan@tin susu pekat
1 sudu besar ovellate

Campurkan semua, pastu pukul dengan kelajuan sederhana selama 20min.
Bila dah kembang elok, boleh la asingkan bekas, then letakkan flavour kesukaan korang.
Kalau nak buat macam kami tu, pastikan 2,3 atau lebih flavour korang tu dituangkan serentak.
Baru lawa.

Nak buat ala² paddlepop pun boleh.(^_^)v

Pasni makin rajin la kami buat kot.

Zaman berubah, kalau dulu orang buat aiskrim batang yang seposen sepatang.
Sekarang, orang pakat buat aiskrim ala² Walls ngan Nestle dah kan..
Dunia makin maju katakan..

Tak sabar tunggu, aiskrim² tu beku dengan jayanya..

Ok la, nak pi sambung layan anime.
Ciao!! ♥♥♥
posted from Bloggeroid

She's Back

0
COMMENTS
Lappy lama kak ngah ni dah almarhum.
Hasilnya bedah siasat didapati ia mengalami segala komplikasi penyakit yang ada.
Memang tak dapat diselamatkan lagi.
Jadi, terpaksa la say 'tata' kat beliau.


ALHAMDULILLAH.. buah hati daku kini dah kembali.
Hasil selepas diberi jantung baru.Tada!!!

Bila godek² balik, tudiaa!! Penuh dengan anime. Hahaha..
Antu anime memang gini, ye dak?

posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan

0
COMMENTS


Yeay.. esok puasa!!!

Kalau kecik² dulu seronok sangat bila dengar 'atok' kat tv tu announce tarikh puasa. Teruja abes!
Maklumlah lepas abes puasa kan RAYA! Hehehe...

Sekarang.. dah tua² macam ni terujanya tetap ada.
Cuma dah ke arah lain.
Peluang untuk beribadat kaw² dan kumpul pahala berganda jangan dilepaskan..

Marhaban ya Ramadhan…. mari kita sucikan hati, sucikan diri serta penuh suka cita menyambut datangnya bulan yang penuh rahmah, baroqah dan maghfirah..

Selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawih dan sewaktu dengannya ya..
Wink².. (♥.♥)
posted from Bloggeroid

Korea with Love

0
COMMENTS
Kak Ngah baru balik dari Korea, sampai awal pagi tadi.
Ni la antara souvenirs yang dia beli untuk kami.
Nak kasi kat jiran kami, kawan2 cikgu & anak murid dia
Berpapan-papan.. phone straps
Pengepit Kuku Cap Korea. Rare kan?
Yang ni AKU PUNYA! Tshirt RM tu!!
nOtaKaki :~
 Kata Kak Ngah tahun depan round Europe pulak.
Untung la kan.. =p
posted from Bloggeroid

PRU 13

0
COMMENTS
Sumber - Google

Selamat mengundi pada semua 
warganegara MALAYSIA.
Tunaikan tanggungjawab kita..
Cewah!

Pssst... takmo mengata sesama kita ye.
Tak baik.
Kalau tak suka, diamkan je.
Itu kan lebih baik.
Apa pun, vote for our own good, ok?! (^_~)


nOtaKaki :~ Aku? InsyaAllah, next time.

Selamat Hari Pekerja 2013

0
COMMENTS

Yeayyy....
Selamat bercuti semua.
Pada yang tak bercuti tu, sila claim triple gaji pada majikan ye.
Hehehe...

Ye ye je..
Pada hal aku sendiri bukan keje pun.
Hari-hari cuti.
Hahahaha..
Sila jangan jelesh ye (^_^)v

Tapi tula, hari ni aku pulak yang bertungkus lumus bekerja.
Manjalankan misi aku.
Misi Membuat Blouse gitu.
Ahaks!

Okeh, nak pi sambung buat kerja.
Daaaa!!!

Happy Holiday buat korang.
Peacee yaw!
v(^_^)v

Kak Ngah's Birthday

0
COMMENTS
Hoyeaa... kek sedap!!
Gambar Hiasan je.. Hehehe..

11 April - Hepi Besday Adikku

Bila sambut besday je, tentulah jawabnya;
Makan Besar!!

Bior takde besor sangat pun.
Yang penting celebrate ramai² kan..
Baru meriah gitu.


Tunggu kak ngah, lepas beli kfc

Sampai rumah je, misi makan² pun bermulalah.
Ayah je ada, yang lain sibuk makan, malas nak capai tudung

Celebrate lambat sikit ni. Tunggu hujung minggu, baru kak ngah tak sibuk.

Ni pun kami take away je, tak makan kat sana.

Sempat la merasa Zinger Beger Tangy plus ayam sos korea tu.
Tak best!! KFC Branch teluk intan ni memang la...
Jarang dorang buat tu, sedap. Best lagi yang Branch Langkap.

Hohoho.. tak baik sungguh la kan. Sempat komplen lagi tu. Ish³..

Apa pun, Selamat Ulangtahun Hari Lahir pada Kak Ngah. 
Udah umor 25 kamu ye. Tua dah tu. Ekekek..
Kak Long doakan moga kamu success selalu dan cepat² dapat jodoh ye.
Mak ayah dah ngidam nak cucu tu. Ngeee.. (^_^)

Aamiin...

posted from Bloggeroid

Blog Walking for E-Novel

0
COMMENTS
AKU memang gila baca novel. Tapi tak kurang jugak dengan e-novel.
Disebabkan itulah, aku sangat tak kesah untuk melompat dari blog ke blog
semata² nak baca e-novel daripada penulis² kesukaan aku.
Kalau hari tu, aku melepak kat blog Acik Lana.
Kali ni aku kongsi ngan korang, beberapa blog lagi.
Pastinya, sangat berbaloi kalau korang melekat kat situ pun.
Sebab e-novel mereka mantop² lagi meletop gitu.
Ahaks!

Meh aku kongsi ye;

Bagi sesiapa yang meminati novel
Projek Memikat Suami & KNK
Silalah berkunjung ke blog Cerita Hanina..
Kak Hanina lah penulisnya.
Sekarang, beliau sedang sibuk menempek cerita Seteguh Fayqa kat situ.
Aku adalah antara orang yang tenanti²kan updet cerita tu.
Kisah Fayqa dan si General, sangat suka untuk dibaca.

Psst.. aku masih belum berkesempatan untuk membeli 2 novel beliau tu.
Walau hati nak beli sangat²....!!!
(Nasib penganggur gini la)

Cerita Hanina - http://haninaabdullah.blogspot.com/

Haa... yang ni pulak blog Kak Farah Husain; Escapism
Ini penulis kesuukaaaannn aku..
Aku sangat gilakan novel The Untold Story beliau.
Aku sedang menantikan sambungan TUS tu juga NADI.
NADI adalah e-novel beliau yang pertama dan yang berjaya buat aku melekat terus kat blog beliau ni,
menantikan updet daripada beliau.
Kat group pun ada gak.
Hahahaha..

Sekarang Kak Farah tengah femes dengan Cerita
A&A, Dia... Random Guy
Cerita ni macam fenomena tau.
Selalunya kami² je yang suka melepak dan komen merapu² kat group's wall tak pun kat blog beliau
tapi sejak cerita ni diangkat ke blog beliau...
Ramai giler yang jadi angau dengan watak Amzar, si sexy goatee 
dan jatuh sayang pada Alin, cik kerani yang punya macam² kerenah.
Rugi o0oo kalau korang tak baca.. cuba la!
Pasti tak menyesal punya... ngeh ngeh ngeh...

Escapism - http://farahusain.blogspot.com/

Kita lompat lagi, kita ke blog Ratu Bulan | Nurfa pulak ye.
Ini pun penulis kegemaran aku jugak.
Aku gilakan novel beliau; Prince Charming, Hikayat Cinta dan Aku, Dia & Gitar..
Aku sedang menunggu novel beliau seterusnya keluar.
Boleh la dirembat untuk jadi koleksi nanti.
InsyaAllah..aamiin..
Sekarang, kat blog beliau tengah hangat dengan entry novel baru;
Seseorang untuk Dinikahi.
Kisah Arissa yang dikatakan bagai ahli sihir yang mampu menundukkan sesiapa saja.
Latest entry, Arissa sedang menjalankan misi untuk memikat Nazwan, kawan baik dia.
Watak Arissa ni sangat comel.
Juga tak rugi kalau korang cuba baca.
Silalah ye.. (^_^)

RB | NURFA - http://novelratu.blogspot.com/

Kita lompat lagi, ke blog Lala Land.
Aku tengah melekat kat e-novel baru beliau.
Cik Kiah Hopeless Romantik!
Seriously, cerita ni kelakar dan sempoi gila.
AKu macam biasa la, stanby je tunggu bila kisah ni nak diupdet.
Gilakan aku?
Hahaha.. naseb la.. dah memang tu kesukaan aku.

Shamien, empunya blog ni sukakan penulisan Cucuratap *aku pun suka*.
Jadi, beliau selitkan sikit watak tulisan cucuratap dalam kisah Cik Kiah ni.
Makanya terhasil lah Cik Kiah yang gila nak cari bf yang macam Uncle Long dalam e-novel Bidadara by Cucuratap tu.
Korang bacalah.. best tau.

Lala Land - http://shamienslair.blogspot.com/

Haa.. yang ni pulak blog Sha Ibrahim.
Penulis bagi novel Sha & Shah.
*aku suka novel tu*
AKu melekat kat sini sebab dok marathon citer baru dari beliau;
Uniknya Cinta.
Kisah Amani yang tegas dalam mempertahankan prinsip hidup dia,
walaupun terpaksa ketepikan cinta yang ada dalam hati.
E-novel ni abes kat blog.
Jadi takde lah bersambung dalam bentuk nashkah novel,
kalau tak silap aku la.
Kalau korang nak cuba baca, cuba la..
Aku ada boh link blog ni sekali.

Ini Karya Saya - http://shaibrahim.blogspot.com/
Ini saja la kot buat masa ni.
Mata tak ok lagi, jadi hold dulu nak wat keje lompat² blog ni.
Hehehe..
Moga korang pun join aku, main lompat² blog jugak nanti ye.
Aamiin.. FUH!!!
Hahaha..
Ciao..Adios!
posted from Bloggeroid

Deklamasi Puisi

0
COMMENTS
Candid dari tingkap rumah je

Pertandingan Mendeklamasi Puisi peringkat IPD Hilir Perak sempena Hari Polis yg ke-206
Dengan tema Sangsaka Biru Pahlawan Bangsa

Seramai 15 peserta mewakili balai-balai under IPD Hilir Perak ni.
Aku bantai gelak la tengok sorang..sorang buat persembahan.
Ada yang pakai uniform lengkap polis, 
ada yang berbaju kebangsaan (baju melayu/baju kurung),
Ada juga yang siap pinjam uniform PGA, siap ikan kain key kat kepala.
Hehehe..
Semangat sungguh dorang kan?

Orang semua sibuk berpanas bawah khemah, aku dan mak lepak dalam rumah je.
Bukan setakat dengar, siap boleh intai kat tingkap je untuk tengok.
Hahaha...
Nak buat macam mana, semua ni diadakan tepi rumah aku je.
Dewan IPD sebelah rumah je.
Tapi dorang tak buat dalam dewan, kata ayah mungkin bergema
plus saje nak wat open. 
Semua orang boleh dengar.
.
Bila semua dah sampaikan puisi masing²
Sementara tunggu juri kira markah, 
timbalan KP IPD membuat persembahan, menyampaikan puisi beliau. 
Warkah terakhir seorang perwira...

Saat yang dinanti²kan..
2 juri dijemput khas dari kolej komuniti TI.
Pemenangnya;
[1] 91M:  Wira Sangsaka Biru - Sarjan Idris bin Mat Najat.(Teluk Intan)
[2] 89M: Lahad Datu - Kprl Mohd Salleh bin Pandak Hassan (Teluk Intan)
[3] 82M: Janjiku sebagai Anggota Polis - Konst Diana bt Mat Nawi (Chuicak)

Yeay.. abes dah. nak snap pic dorang pun, tak sempat.
Laju sangat.. huhuhu
posted from Bloggeroid

Melepak di blog ZZ

0
COMMENTS
Ini dah menjadi kegilaan aku sekarang.
Melompat dari blog ke blog.
Baca segala e-novel yg ada pada setiap blog.
Kalau hari tu melekat kat blog Acik Lana.
Ni aku kat bloz ZZ a.k.a Zarra Zuyyin.

Aku marathon baca Suami Untuk Dilelong yg baru masuk bab 5.
Habis je baca tu, aku reverse untuk baca; 
Sungguh Aku Jatuh Cinta
yg cuma ada bahagian awal je sebab ia akan dijadikan mss novel.
Best jugak citer tu.
Banyak input yang dapat aku ambil dari situ sebagai penambah ilmu.

Meh aku kongsi sikit ye :~

:: Doa mohon cinta drpd Pemilik cinta ::
Ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta terhadap Engkau (Ya Allah) 
lebih aku cintai daripada air yang sejuk.

:: Doa untuk bakal suami ::
Ya Allah, jadikanlah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman
dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

:: Doa berikan petunjuk ::
Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. 
Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.

Yang ni pulak buat hati aku tertarik;

Taubat-Thajud_Hajat-Istikharah-Witir
Pandai-pandailah nak pujuk si Dia, petua dah cukup lengkap dlm Al-Quran,
malah Nabi dah aturkan langkah alam Sunnahnya.

Ni situasi sama yg aku alami sebaik sahaja aku abis baca part ni;


*****
Doktor Naufal Ikram! Tanpa sedar bibir laju menuturkan sebaris nama itu.
Ingatan pada tuan doktor tiba-tiba singgah. Entah kenapa terasa ingin berada dekat dengan tuan doktor. Ingin meluahkan segala-galanya. Aish, apa kena dengan kome ni Yang Nani...
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk perlahan dan wajah Fida dengan segaris senyuman nakal tersembul di muka pintu. Aku pandang tepat padanya.

"Tuan doktor kat depan. Nak jumpa."

Kali ini aku telan air liur. Dahsyatnya, sekali seru sudah sampai. Aku garu kepala yang tak gatal. Pintu langit terbuka atau aku yang angau overboard! Tepuk dahi Nani.

*****
Bila aku baca part ni, aku terus terlintaskan incek gigi besi tu.
Aku jenguk fb, rupa² dia ada mesej.
See, SAMA kan dengan SITUASI si NANI?!
Aku bagitau dia.
Dia jawab -->> memang angau pun.
Ciskek sungguh.. grrr!!
Tapi aku suka.. ngeee.. *(^o^)*

Tu jela kot yg aku nak kongsikan...
Jadi pada korang yg peminat e-novel jugak.
Silalah berkunjung ke blog ZZ tu ek.
Tak rugi. Betul ni.
Nak gi lompat ke blog writer lain pulak.
Daaaa.... Ahaks!


posted from Bloggeroid

Betapa di Blog Acik Lana

0
COMMENTS
Lepak di blog Acik Lana

Inilah keje aku beberapa hari ni.
Ber'marathon' membaca semua hasil karya Acik kat blog beliau.
Sungguh la aku sangat tertarik dan dengan Laju je;
Aku menanam azam yang aku akan beli dan peluk semua hasil karya beliau itu.
Ewah, punya la semangat berkobar²  ni.
Ekekekek..

Aku baru ada satu. PYPAC yg Acik terbitkan sendiri.
Jadi memang harus la memilikinya. Takde jual kat mana² ni...

Novel pertama dari Acik Lana yg sudah berada dlm
pelukkan aku
Banyak lagi nak kene kumpul ni... Antaranya...

Semua ni aku nak peluk.. ngeee ^__^



posted from Bloggeroid

My New Headphones

0
COMMENTS


Disebabkan earfon RM5 aku dah rosak (sempat pakai 2 minggu kot),
Tadaa!!!
Beli headf0n baru.. ngeee...
Beats tu.. ahaks!!
Tak kisah la pirate pun, janji bunyi de vass gitu!!
Meletop U!!

Dah macam ori je skali tengok kan!
Purple tetap jadi pilihan ^__^

Sempatlah merasa Japanese Creampuff,
Kak ngah beli.
Sedap weyh!!
Aku rembat telan 2 biji. Heeee....

Japanese Creampuff

posted from Bloggeroid

Service Day & BR1M

0
COMMENTS
Hari ni hari rajin aku...
Abes satu bilik, aku servis..

Vacuum mak yg dah berusia belasan tahun kot
Sakit badan jugak la terbongkok² pastu terjingkit² nak bersihkan semua ruang yang ada.
Teringat beg yang lama tak berpakai.
Laju gi cari pengilat serbaguna kat depan.
Apa lagi, masa untuk mengilatkan apa yg kusam.
Penat... penat... penat....
Beg tak berpakai, berkulat la jawabnya
Cak!! Dah kembali baru

Lepas setel semua, lama jugak la aku amik masa berehat
sebelum gerak gi mandi.
Lelah sangat rasanya.
Sungguhlah badan aku tak sekuat dulu.

Namun......
Penat yang aku rasa tu, seakan hilang bila keluar je bilik air.
Mandi, segakan balik badan kononnya.
Jeng.. jeng.. jeng...!!!!!!
Surat BR1M sampai..
Ahaks!!

Alhamdulillah, penantianku membuahkan hasil jugak akhirnya.
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih jugak pada kerajaan sebab tak ketepikan aku.
Syukur.. syukur.. syukur....
Boleh la berbelanja apa yg patut kan..
(Dalam kepala dah nampak novel je ni)
Wink² ♥__♥

posted from Bloggeroid

Door Gift

0
COMMENTS
Penambah idea untuk aku ni.
Simple, jimat & tak membazir.
Aku suka...♥


posted from Bloggeroid

♥ Ole² dari Bandung ♥

0
COMMENTS
Mak ayah balik dari Gombak, umah Acik Cini.
Bawak ole² yang Mak Yang kasi.
Tadaa!!!

♥ Yeay.. dapat purse baru ♥
Jeng jeng jeng!!!
Kain pasang yang mak pesan...
posted from Bloggeroid

Hasil Tangan Pertama

0
COMMENTS


Hasil tangan tak berseni. Hehehe..
Kelakar pulak tengok, tak berapa nak menjadi.

Gaya ladybird tapi tengok takde rupe gitu pun..

Jadilah kan... insyaAllah, mana tau lepas ni makin elok ke kn.. ♥__♥
posted from Bloggeroid

Tolong Kak nGah

0
COMMENTS


Lepas 4 jam, baru siap..
Tadaaa.. !!!

posted from Bloggeroid

♡ Misi membalut kitab² kesayanganku ♡

0
COMMENTS



nOtaKaki :~ Phewww... Alhamdulillah...
Siap pun balut semua koleksi novel yg ada.
Tapi novel 5 TAHUN, 5 BULAN (HLOVATE)
Hilang..!!!
TerkiLan T___T
posted from Bloggeroid

Thanks FP ^^v

0
COMMENTS





nOtaKaki :~ Dok diam², abes bajet dah... 
sakan membeli-belah novel je kejenye.
Korang ingat baju, kasut tu semua je ade YES. Novel pun ade jugak tau.. ~♥
posted from Bloggeroid