Jahit Jubah Moden

Atas permintaan kak ngah, aku mencabar diri sendiri untuk cuba buat jubah moden.
Jenuh jugak la aku jelajah blog sana sini, semata-mata nak cari tut0rial jubah.
Malangnya tak banyak.
Jadi, macam biasa.. aku rujuk pada sifu - Cik Sue (jubah)

Orang baru belajar macam aku ni, memang tak boleh lari dari buat benda ni.
Penting o0oo..
Apakah?
POLA la...!!
Maka bermulalah misi aku.

Bila dah siap buat pola, masuk ke step seterusnya.
Gunting kain pulak!
Pola Jubah Moden
Proses nak gunting kain
Part ni aku tak berapa pasti, jadi aku redah je buat cara aku sendiri.
Buat lapik leher, bagi kemas sikit.

Disebabkan kak ngah kata tak payah bubuh zip.
Jadi aku decide buat belahan leher jela, macam baju kurung tu.
Setel part leher.

Sekarang, untuk kaff pulak.
Yang ni pun aku rujuk kat Cik Sue jugak - klik sini -

Haaa, kain putih ni aku rembat je kain gam yang sedia ada.
Asalkan keras, jadi la kan..
Aci redah je ni.
Hahaha!!
Iron pada permukaan kasar ya. Bukan yang berkilat!
Bila dah melekat elok, boleh la jahit bagi kemas untuk jadi bentuk kaff.
Jarakkan sikit dari kain gam tu ya.
Siap jahit, bolehlah terbalikkan.
Tadaa!!
Dah jadi rupa kaff kan?


Kak Ngah punya permintaan - Badan kain kosong, lengan bercorak.
Part badan tadi dah setel, jadi yang ni potong kain untuk lengan pulak.

Kaff aku yang dah nampak rupa.
Siap bersambung dengan lengan dah.
Ini baru setel jahit butang pada kaff.
Yang luar tu, butang hiasan je.
Dalam pakai butang katip.
Ingat nak buat jahitan lubang butang tapi bila try kat kain perca, macam tak lawa je.
Jadi aku pilih buat macam ni.

Akhirnya, siap!!
Alhamdulillah, percubaan pertamaku berhasil.
Lupa nak amek gambor part dat.
Menjadi beb, aku jahit dat kat belakang badan tu.
Hahaha..
Kagum dengan diri sendiri.

Inilah rupanya jubah moden yang dah berjaya aku jahit!
Bila kak ngah pakai tadi, sangat lawa!
Bangga sungguh dengan diri sendiri.
Heeee.. =p


Insyaallah, nanti aku tempek kat sini picture Kak Ngah bila dia pakai baju ni.
Tadi tak boleh nak snap. Katanya nanti basi.
maklumlah jubah raya tuu!!
Hahaha..

Ok la, nak layan Running Man kejap.
Ciao!!

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

4 comments:

Have Faith said...

Cantkk..nk try jugak !

Miza Eija said...

Terima Kasih... ^__^

Cubalah.. tak rugi.. leh jahit bebanyak nanti ^__~

Amirah Rohizad said...

Salam.. nak tanya.. biasanya nak jahit 1 jubah memerlukan berapa meter ye kainnya.

Miza Eija said...

@amirah - Wasalam... biasanya dalam 3.5m.. sebolehnya guna kain bidang 60. baru selesa dan boleh buat kembang... ^__^