Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Rindu Yang Menyesakkan Jiwa

0
COMMENTS

Di saat demam berleluasa..
Ini yang kurasa...

Ya..
Rindu yang menyakitkan..
Rindu yang menyesakkan..

Jangan hukum aku dengan SEPI
Kerana ia punya banyak makna

Haruskah aku meneka..
Antara AKU dan KAMU..
Kisah kita sudah sampai di penghujungnya?
Atau ini seperti selalunya,
hanya sesuatu yang kamu cuba ajarkan kepadaku?

Andai besar salahku,
Maafkan aku.
Andai maaf tak lagi bisa kamu beri..
Ucapkan agar diri ini mengerti..


nOtaKaki :~ AKU YANG SARAT DENGAN EMOSI

Label Cantik!

0
COMMENTS



 PENANTIAN BERAKHIR 

Lebih sebulan menunggu,
akhirnya sampai jugak ke tangan daku..

Alhamdulillah... 

Kejadiannya seperti yang diidam²kan..  
😍



Yahuuu.. ado doh label kalerful.
Nama sendiri pulak tu..  
😝


Sebelum ni try yg cop, sementara tunggu yg ni siap.  


Mekaseh pada Abang Cik yg jadi pereka label/logo MizaEija ni...😘


Nanti kita tempek utk tempahan baju² lepas raya ye..
Yg raya puasa punya xdan doh.
Semua dah settle.. 😂😝

Pada yg berminat Boleh jenguk page ni 

Label Sendiri (menggunakan Textile Labeling Kit)

0
COMMENTS
Label sendiri..
Nick name sendiri..
Design sendiri.. 
Eh tak, Abang Cik yang design..
Simple... i'm loving it

Dah rasmi cuma baru nak tempek kat sini..
Saje try versi cop ni.
Menarik jugak..
Boleh je cop kat riben atau baju terus.
Ikut suka jiwa anda...

Yang daku buat ni cop atas tape, senang.. 
iron je atas baju nanti, terus lekat.


Nak kasi kukuh, jahit kiri kanan label...

Inilah rupa set cop label ni..

klik sini utk tengok instagram penjual

Label versi berwarna bakal menyusul...InsyaAllah....

posted from Bloggeroid

Itu AKU

0
COMMENTS


Yang penat itu AKU
Yang sibuk itu AKU
Yang stress itu juga AKU

Moga terus dikurniakan
kesihatan yg baik
utk melalui ±1bulan mendatang ni..

TAILOR meng'gilo' ngan keje..

Mata dah tak mampu bertahan.
Nak zZzz doh...

Nitez!
posted from Bloggeroid

Cincin dan Mimpi

0
COMMENTS
Tadaaa!!
Curik² snap pic masa beli tadi.
Ni semua gara² mimpi.
Ntah apa yg daku mimpikan tak tau la.
Bila tersedar, terasa macam something missing kat jari manis tu.
Akibatnya, keje daku kebelakangan ni dok meraba la jari manis tu.
Bajet nak main pusing² cincin..
Pada hal dah bertahun² kot aku tak pakai cincin.

Luv.. luv.. gitu...


SEBAB tula aku kata, mimpi punya pasal la ni.
Sudahnya, aku rembat jugak sebentuk cincin ni ha..
Beli sendiri.. tunggu orang bagi takde..
Kikiki~
posted from Bloggeroid

Selamat Tahun Baru 2015

0
COMMENTS


Hari baru
Tarikh baru
Tahun baru
Kalendar baru
Azam baru
Umur baru.. kikiki

~♥Selamat tinggal 2014... Selamat Datang 2015 ♥~

Daku berkenan ngan qoute ni ;-

Catatan seorang aku:

Azam 2013 - Nak kawen!
Azam 2014 - Nak kawen!
Azam 2015 - Nak kawen! InshaAllah!

Erk. ^^"
Amacam? Menarik kan.. kikiki~~
posted from Bloggeroid

Rado Diastar Watch

0
COMMENTS
Ni hadiah mengejut namanya.

Mewah je nampak kan..
Orang lama suka la jam jenis ni.
Aku penah blogwalking, ada sorang pakcik tu pakai jam jenis hampir 30tahun usia jam tu.
Tapi keadaan masih tiptop.
Dasyat kan?
Hanya orang yang tau kualiti sesuatu jam tu je yang tau menghargainya.
Ewahh..


Tapi tula, dengan aku tak sesuai.
Aku pakai... haa gedabak besornyerrr..
Nampak macam jam lelaki kot!

Nanti aku nak pulangkan balik pada si pemberi.
Daripada aku tak berpakai, bersimpan.. baik bagi balik.
Ye tak.. =p

Apa pun, thanks kawan for dis present!


posted from Bloggeroid

Pengalaman Temuduga Pembantu Tadbir N17 SPP

8
COMMENTS

Alhamdulillah, lega.
Dah lepas melalui saat2 yang selalu buat aku semput, tak cukup nafas.
TEMUDUGA!!

Hari ni, hari ketiga sesi temuduga.
 26 Ogos 2014
Bertempat di bilik temuduga 2, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Aku gerak dari Teluk Intan seawal 6.20 pagi.
Sampai tempat tu, elok2 7.30 pagi.
Lega weyh.

Macam biasa la, daftar dulu.
Check segala sijil asal ngan salinan..ada ke tidak.
Cukup ke tidak.

Ada 2 bilik temuduga.
Bilik 1 - Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan
Bilik 2 - Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi

Bilik 2 : Nebes tengok panel yang masuk tu dua2 lelaki.
Muda pulak tu.
Lagi nebes tengok yang bilik 1.
Panel seorang lelaki (Tuan Haji), seorang perempuan, (Cik)
Gaya macam serius je deme tu.

Tapi tak kesah la, sebab aku bilik 2.
Masuk pulak berlima.
Kurang sikit nebesnyer.
Cuma penat nak berlumba grab point first la, bila diajukan soalan.

Temuduga kali ni, memang la.
Lain sungguh dari yg aku dok baca masa blogwalking pasal temuduga PT ni.

Penat je baca segala isu semasa.
Hafal segala pasal pendidikan.
Alih2 panel2 soal, semua berkaitan dengan 'Apabila menjadi PT'

2 panel penemuduga kami;
Encik Faidzul - JPN
Encik Muiz - SPP
Sangat santai lagi sempoi.

Encik Faidzul tu selalu buat aku nak gugur jantung. SUka benor sebut nama aku.
Asal aju soalan je, panggil nama aku dulu.
Tapi okay jugak la kan, tak payah susah2 nak berebut point jawapan.

Aku masuk bilik tu berlima.
Boleh kata semua dah bekerja.
Nak2 2 orang calon tu.
Memang keje sbg PT sambilan.
Sorang dekat Klinik Kesihatan Taiping, sorang lagi kat LHDN.
Untung la deme kan, memang dah tau suasana dan situasi keje tu macam mana.

Balik pada soalan cepu cemas para panel ek.

Antara soalan2 panel :-
--> Kenapa minat nak jadi PT?
--> Tugas2 PT
--> Sape customer kita?
--> Macam mana nak handle customer yang banyak songeh?
--> Macam mana nak tangani stress keje?
--> Bila ada konflik ngan bos, macam mana nak buat, nak setelkan?
--> Kalau ada customer datang lepas waktu keje, macam mana nak handle?
--> Macam mana cara nak jawab panggilan telefon?

Tengok!!
Takde langsung soalan berkenaan isu semasa,
atau pun segala yg berkaitan pendidikan.

Apa pun, aku dah cuba jawab sebaik mungkin.
Kalau ada rezeki aku, ada la kan.
InsyaAllah..aamiin...

Okeh, masa rehat daku.
Esok baru mula balik merempit.
Ciao!!!

Casio Sheen Watch

0
COMMENTS
Yeay!!!
Dah sampai!!
Maceh abam pos laju, macam tau2 je daku tak sabor nak terima ni.
Kikiki~~

Casio Sheen SHN-5000BP-1A Ladies Watch


Smart tak?
Walaupun orang kedai tu salah anto model,
patut kaler putih tapi dapat kaler hitam.
Aku tetap suka.
Sebab hitam ini yang pertama aku tengok, dan buat aku berkenan dekat model ni.
Mungkin jodoh aku tetap ngan kaler hitam kot.

Malas nak pos balik  segala bagai.
Makanya, aku pakai je yang ni.
Yahooo!!!

Satu lagi impian daku dah tercapai.
Alhamdulillah.
Terima Kasih.



posted from Bloggeroid

Baju Raya Aidilfitri 2014

2
COMMENTS
Kebanggaan daku..
Hasil tangan sendiri..

Jahit untuk famili sendiri..

Jubah 6 Panel untuk Kak Ngah & Mak

Kurung Moden Lycra - Gabungan blouse+skirt -

=Mak=

=Adik=
=Kak Ngah=
=Aku=
(Ada lagi 2, belum sempat snap)


Aku punya baru sempat pakai sepasang je..
Raya tak ke mana sangat.. lepak umah opah je.. =p


posted from Bloggeroid

Birthday Celebration

2
COMMENTS
Selfie sedas..
AHaks!

Kek Kak Ngah buatkan.
Chocolate Chip Walnut.
Gempaq je namakan..
CUbaan pertama daripada Chef Fihana ni, Selalu dia buat kek lain.

Tada!!

Hok ni, Mak ngan Kak Ngah belanja.
Makan besor kami..
Ngeh ngeh ngeh~~

Sanggup redah masuk The Store laju2, semaat2 nak grab sos cili thai tu.
Baru best makan ayam, beger dan sewaktu dengannya.
Sos biasa tak kick..=p

Sungguh terasa indah dan bahagia bila hari istimewa macam hari ni dapat disambut bersama keluarga tersayang.
Terima Kasih Mak, Ayah, Kak Ngah ngan Adik.
Kak long bahagia, bila semua ada di sisi kak long.

Sori ye Abang Cik & Kak Cik.. sape soh korang tak balik..
Wekkk.. =p

Setakat petang tadi.. kire ramei la jugak kan.. hehehe
(updet 19/08/2014 - 12.12am)


Terima Kasih jugak pada kawan2 yg sudi mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan daku.
Moga Allah swt turut menganugerahkan kesejahteraan dan kebahagiaan pada kamuuu semua..
Aamiin..
posted from Bloggeroid

Happy 28th Birthday to Me

2
COMMENTS

18 Ogos 2014
Genap 28 tahun usia aku.
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Terima Kasih ya Allah kerana masih membenarkan aku meminjam oksigenMU lagi.
Moga aku diizinkanNYA untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Juga terus melakar lagi kenangan suka, duka, pahit, payau, manis, masam dan segala rasa lah.. 
Dalam meniti hari demi hari.

Haaa, 1 lagi!!
Moga diketemukan jodoh yang baik untuk diriku.
Umur dah banyak weyh, teringin pulak nak ada kekasih halal di sisi.
Aamiin...

Gateii.. ahaks!!! =p
Yeah, aku meraikan kehidupan aku selama 28 tahun di bumi Allah swt ni.

Gara² Temuduga

0
COMMENTS


Adeii, benkrap daku.
Sebab nak pergi temuduga, terpaksa redah beli 2 mende penting ni.
Beli yg murah² je, asal sedap dipakai dan lawa di pandangan mata.

Kasut bertutup dan handbag.

Handbag lama dah uzur sangat, baru rancang nak beli tapi nanti² la.
Bila dah dapat berita mengejut gini,
redah beli terus la.

Kasut bertutup dah lama arwah.
Tak berpakaikan, memang jawabnya lekang sana sini la.
Uhuk uhuk..

Alhamdulillah, hal ni dah setel.
Pasni nak setel hal sijil² pulak.

Moga Allah swt permudahkan.
Aamiin..
posted from Bloggeroid

Dapat Temuduga Pembantu Tadbir

2
COMMENTS


Berita Mengejut!!
Aku dapat panggilan temuduga weyh!!

Sungguh, aku tak sangka langsung.
Dah setahun lebih rasanya aku tak isi mana² borang kerja kosong.

Rezeki Allah kan, kita bukan dapat jangka sangat.
Alhamdulillah, moga dipermudahkan.

InsyaAllah, mana tau kali ni ada rezeki aku kat situ.
Kan..kan..

Mak ayah dah berangan aku dapat keje tu dekat² area umah ni.
Kak Ngah pulak risau kot hilang tukang jahit peribadi beliau.
Kikiki~

Aku akan cuba buat terbaik.
Untuk masa depan aku jugak kan..
HuHu..

Pada siapa yg baca entri ni, tolong doakan aku sama ek.
Tenkiuuu dan jasa korang Allah SWT je dapat balas..

Nak sambung menjahit.. tata.. ♥
posted from Bloggeroid

Bekerja Sambil Menonton

0
COMMENTS
Meh main intai²

Ni la keje daku.
Dalam masa dok merempit@menjahit,
Laptop wajib jadi peneman.
Ngah tengok Transformer ni.
Marathon 2 siri Transformer.

Mati akal kejap baru ni,
3 minggu lappy masuk ospital.

Ni lappy dah ade balik, aku jadi manusia paling hepi dan bahagia la.

Ni la teman setia aku, penghilang bosan bila keje aku asyik ngadap segala kain dan mesin² jahit je..

Wink² ♥♥♥
posted from Bloggeroid

Berbuka Puasa di Shabu Shabu

0
COMMENTS

Untuk kali pertamanya kot setelah bertahun-tahun tak berbuka puasa kat luar.
Ni pun sebab ajakkan kawan baik, maka sampai lah aku kat sini.
Jauh jugak k0t.
Teluk Intan - Manjung..

Best la, sebab memang kaya ngan makanan pun.
Sayangnya, aku tak sihat jadi maakan sangatlah sikit.
Rugi sungguh bawak aku makan tempat gini,
Sebab kalau kata sihat pun, aku bukan makan banyak pun.
Kikiki~




Aku tak snap anyak pun gambor.
Maleh plus segan.
Hahaha =p

Pada siapa yang nak cuba boleh la mai sini..
Landmark dia KAMDAR.
 Elok je bangunan sebelah Kamdar tu.

91-93, Persiaran PM 2/5,

 Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2,

 Seri Manjung, 32040, Seri Manjung, Perak

No Telefon : 05-688 9885

Waktu Operasi : Isnin - Ahad [11.30 pagi - 11.30 malam]
posted from Bloggeroid

Selamat Hari Ibu

0
COMMENTS


EMAK
Saya sayang mak saya.
Mak saya adalah antara tunjang kukuh yang menyokong seluruh kehidupan saya.

Awak semua boleh bayangkan betapa pentingnya mak pada saya..
Betapa besarnya pengaruh mak pada kehidupan saya..

Terima Kasih Ya Allah
kerana mengurniakan aku..
Ibu sehebat mak aku...
posted from Bloggeroid

Dapat dah Brother 3034D!

0
COMMENTS
Impian jadi kenyataan...

Si Putih berganding dengan Si Abang hensem!
Kesian, Si Krim diketepikan.. kikiki~~

Ini bila ketiga-tiga mereka bergabung..
Ngeee~~
Kebangganku.. Kesayanganku...
Terima Kasih ayah, mak!
Kalau mak ayah tak jumpa kedai ni,
jawabnya lambat lagi la kak long dapat miliki 'Abang' hensem idaman hati ni kan..
Hehehe..

Oh, Abang hensemku!!! ♥♥
posted from Bloggeroid

Perang Dingin Tamat

0
COMMENTS

Boleh happy dah!!!
Anak yang baik, harus mengalah.. kan.. kan..

Alhamdulillah, semuanya dah ok..

Oh Sakit Cepatlah Sembuh!!

0
COMMENTS


Selsema+Batuk+Sakit Gusi Gigi Bongsu Tumbuh lagi+Sakit Tekak+Sakit Kepala..

Seksa je bunyinya kan.. tapi memang agak seksa pun nak tanggung semua ni serentak.

Namun hati terpujuk dengan kata² ni...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Miza.. sila banyakkan bersabar ya. Allah nak hapuskan dosa² tu. Nak tambahkan pahala andai kita sabar dan redha.

InsyaAllah, nanti² sihat balik la ni.. kan kan...
Aamiin..


nOtaKaki:~ Moga cepat sihat, keje menambun tu menunggu. Aamiin..
posted from Bloggeroid