Showing posts with label DuniaJahitan. Show all posts
Showing posts with label DuniaJahitan. Show all posts

Label Cantik!

0
COMMENTS



 PENANTIAN BERAKHIR 

Lebih sebulan menunggu,
akhirnya sampai jugak ke tangan daku..

Alhamdulillah... 

Kejadiannya seperti yang diidam²kan..  
😍



Yahuuu.. ado doh label kalerful.
Nama sendiri pulak tu..  
😝


Sebelum ni try yg cop, sementara tunggu yg ni siap.  


Mekaseh pada Abang Cik yg jadi pereka label/logo MizaEija ni...😘


Nanti kita tempek utk tempahan baju² lepas raya ye..
Yg raya puasa punya xdan doh.
Semua dah settle.. 😂😝

Pada yg berminat Boleh jenguk page ni 

Baju Raya Aidilfitri 2014

2
COMMENTS
Kebanggaan daku..
Hasil tangan sendiri..

Jahit untuk famili sendiri..

Jubah 6 Panel untuk Kak Ngah & Mak

Kurung Moden Lycra - Gabungan blouse+skirt -

=Mak=

=Adik=
=Kak Ngah=
=Aku=
(Ada lagi 2, belum sempat snap)


Aku punya baru sempat pakai sepasang je..
Raya tak ke mana sangat.. lepak umah opah je.. =p


posted from Bloggeroid

Bekerja Sambil Menonton

0
COMMENTS
Meh main intai²

Ni la keje daku.
Dalam masa dok merempit@menjahit,
Laptop wajib jadi peneman.
Ngah tengok Transformer ni.
Marathon 2 siri Transformer.

Mati akal kejap baru ni,
3 minggu lappy masuk ospital.

Ni lappy dah ade balik, aku jadi manusia paling hepi dan bahagia la.

Ni la teman setia aku, penghilang bosan bila keje aku asyik ngadap segala kain dan mesin² jahit je..

Wink² ♥♥♥
posted from Bloggeroid

Dapat dah Brother 3034D!

0
COMMENTS
Impian jadi kenyataan...

Si Putih berganding dengan Si Abang hensem!
Kesian, Si Krim diketepikan.. kikiki~~

Ini bila ketiga-tiga mereka bergabung..
Ngeee~~
Kebangganku.. Kesayanganku...
Terima Kasih ayah, mak!
Kalau mak ayah tak jumpa kedai ni,
jawabnya lambat lagi la kak long dapat miliki 'Abang' hensem idaman hati ni kan..
Hehehe..

Oh, Abang hensemku!!! ♥♥
posted from Bloggeroid

Bias Tape Maker+Presser Foot

0
COMMENTS
Aku shopping barang jahit lagi!
Miahahaha..
Menambahkan lagi koleksi yg ada.

Korang boleh beli kat sini :-
YYfashion Craft House
Kat sini super murah berbanding dengan yang lain.
Berbaloi-baloi!!

Yeahaaaa!!!
Inilah rupanya...
3 jenis bias tape maker, 1 lg dah abes stok. huhu


Yang presser foot pulak, ada piping foot (yang cinonet tu)
& ruffler foot ( yg besor gedabak tu)

posted from Bloggeroid

Tailor Pencil+Bobbin

0
COMMENTS
Shopping... shopping..
Lalala~~

Shopping online je..
Mudah dan berkesan.
Dengan syarat, boleh dipercayai.
InsyaAllah..

Yang ni korang boleh dapatkan dengan tengok kat sini :-

posted from Bloggeroid

Presser Foot Set (portable)

0
COMMENTS
Yeay!!!!
Akhirnya berjaya jugak aku miliki set ni.
Biarpun agak mahal (bagi aku la) tapi berbaloi sangatlah daripada beli seketul².
Lagi la super mahal.


Aku beli pembaris sleeve curve jugak.
Makin senang la nak bentukkan lekuk ketiak untuk lengan baju pasni.
Ngeh ngeh ngeh...

♥♥ Sangat Suka Hati ♥♥
posted from Bloggeroid

BROTHER 3034D

0
COMMENTS

Nak mesin ni!!!!
Sebab???
Sebab ia boleh jahit tepi biasa dengan jahit tepi tudung...
Menarik kan?
Amek dari fb LSN. credit to them

Pasal tula ramai yang pakai mesin ni.
Tak kira, andai kata takde rezeki untuk dapat bantuan daripada 1 Azam tu,
aku nak buat loan ngan ayah.

Si krim yang ada ni, kita tolak balik..
Ngeh ngeh ngeh.

Moga2 Allah swt permudahkanlah hajat jatiku ini.
Aamiin...

Korang pun tolong doakan sama ek.. 
Cayang korang ketat2...

Rezeki Pembukaan 2014

0
COMMENTS

Alhamdulillah, rasanya banyak kemajuan dalam kerjaya daku sekarang ni.
Tempahan masuk tak putus².
Alhamdulillah.. terima kasih Allah untuk rezekiMu ini.



Kena rajin restock barang2 jahit dah sekarang.
Rasa macam cepat je abes..

Disebabkan banyak sangat, takut tertukar.
Maka kenalah buat sistem tagging ni.
Ada jugak buat Buku Log untuk in and out kain yang orang anto.
Boleh la tau sape yg patut didulukan..
Bijak tak?
Ngeeee... =p

Apa pun...
Terima Kasih juga untuk famili yang menyokong kuat di belakang daku.

InsyaAllah, akan kulakukan ia sebaik mungkin.
Sesuatu pekerjaan tu kalau dibuat dengan ikhlas, akan mendatangkan bahagia dan gembira. 
Tentu sekali pahala.
Kan kan..

Moga aku terus gembira dengan jalan baru yang kupilih ini.
Aamiin...
posted from Bloggeroid

Cantik Tak?

0
COMMENTS

Musim cuti sekolah bersamaan musim kenduri-kendara,
Maksudnya ramai yang kawen la kan.
Untuk pertama kalinya, aku buat baju yang dijahit sekali dengan border lace.
Semua ni pakaian untuk pengapit pengantin.
Heee...

Korang percaya tak?
Tolonglah percaya, sebab aku sendiri pun tak percaya aku mampu hasilkannya.
Cantik pulak tu.
Hahahaha...
Kalau bukan aku yang puji, sape lagi nak puji... ye tak?

Opsss.. aku bukan nak riak. Cuma aku excited giler je.
Bangga pun ye jugak.

Aku dah tempek kat sini.. untuk kenangan aku.
Tada!!!



posted from Bloggeroid

Payah!!!

0
COMMENTS


Giler susah nak buat macam yg tuan baju tu design.
Sungguh, aku menyesal tak tengok awal².
Aku amek mudah je.
Aku fikirkan, baju tu baju biasa².
Yg aku selalu dok buat.
Sekali yg luar biasa.
Adoiii!!!

Minggu depan, tuannya nak dah.
Abes la aku..

Nak nangis boleh tak?
Uwaaaa!!!!!
(T_T)
posted from Bloggeroid

Jahit Jubah Sendiri

2
COMMENTS
Aku curi masa sikit, jahit baju untuk diri sendiri..
Tapi nasib baik, jahit jubah ni kejap je.
Takde la curi masa banyak sangat.
Ngeh³


Dah siap. Tada!!!


Yeayy, insyaAllah boleh pakai pi konvokesyen abang cik Ahad ni.

UPDATE ==> 27/10/2013 - Hari Jubah Abg Cik

Me, wearing it.
Macam mimpi tapi realiti, pakai baju yang dijahit sendiri.


#SangatSukaHati
posted from Bloggeroid

Aktiviti Hari Ini

0
COMMENTS

Pecut jahit tepi 3 pasang baju kurung.


Menyelit potong kain untuk buat jubah aku. 

Jahit tepi sekali.Untuk pakai pegi konvo abang cik.



Lepas tu baru perasan, span bahu abes.Maka beranikan diri drive keluar pegi kedai dengan mak.Jalan bukan main busy lagi. Nak keluar pun payah.Tapi alhamdulillah sampai jugak.



Ni pulak kesukaan dan kebanggaan aku, bila boleh gantung di situ.Ia memberi makna "Si Cabi ni, aku yang punya."
Riak je bunyinya kan..Huhuhu..Takde la, itu kepuasan untuk diri sendiri je.
Ok la, setakat ni dulu aku membebel.InsyaAllah jumpa lagi (^_^)

posted from Bloggeroid

Study.. study..!

0
COMMENTS


Nilah aktiviti aku untuk 2 hari (semalam+hari ni)

Banyak lagi mende yang aku kena belajar tapi tula, hanya dapat bergantung dengan blog² kat internet.

Kalaulah aku yakin utk drive keta sendiri, rasanya laju dah langkah aku pi belajar menjahit kat KEMAS or mana²..
Kan..kan..

SabOr la, insyaAllah ada caranya. Ye dak? (^_~)
posted from Bloggeroid

Baju Kurung Berbatu

0
COMMENTS
Tadaa.. !!!
This is my new task.
Jahit baju kurung yang lip lap lip lap ni.

Agak mencabar kesabaran hati dan buat jari kusakit, kuku siap patah lagi.
Nasib baik sikit je.
Gara² nak cabut batu² lip lap yang tak berkenaan tula.
Takmo bagi patah jarum mesin, kalau terjahit pada batu tu.
Haru nanti...
Huhuhu..

Takpe la, janji aku puas hati.
Bukan saja, dapat belajar perkara baru tapi aku berjaya jadikan daripada hanya kain, kepada sepasang baju kurung.

Sape tak bangga kan? :p

Yang ni dah siap disembat bagai.
Kak ngah pun dah selamat bagi pada tuannya.
Yeayy...
Time t0 move to the next task.. wiee... (^_^)v

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Jahit Jubah Moden

6
COMMENTS
Atas permintaan kak ngah, aku mencabar diri sendiri untuk cuba buat jubah moden.
Jenuh jugak la aku jelajah blog sana sini, semata-mata nak cari tut0rial jubah.
Malangnya tak banyak.
Jadi, macam biasa.. aku rujuk pada sifu - Cik Sue (jubah)

Orang baru belajar macam aku ni, memang tak boleh lari dari buat benda ni.
Penting o0oo..
Apakah?
POLA la...!!
Maka bermulalah misi aku.

Bila dah siap buat pola, masuk ke step seterusnya.
Gunting kain pulak!
Pola Jubah Moden
Proses nak gunting kain
Part ni aku tak berapa pasti, jadi aku redah je buat cara aku sendiri.
Buat lapik leher, bagi kemas sikit.

Disebabkan kak ngah kata tak payah bubuh zip.
Jadi aku decide buat belahan leher jela, macam baju kurung tu.
Setel part leher.

Sekarang, untuk kaff pulak.
Yang ni pun aku rujuk kat Cik Sue jugak - klik sini -

Haaa, kain putih ni aku rembat je kain gam yang sedia ada.
Asalkan keras, jadi la kan..
Aci redah je ni.
Hahaha!!
Iron pada permukaan kasar ya. Bukan yang berkilat!
Bila dah melekat elok, boleh la jahit bagi kemas untuk jadi bentuk kaff.
Jarakkan sikit dari kain gam tu ya.
Siap jahit, bolehlah terbalikkan.
Tadaa!!
Dah jadi rupa kaff kan?


Kak Ngah punya permintaan - Badan kain kosong, lengan bercorak.
Part badan tadi dah setel, jadi yang ni potong kain untuk lengan pulak.

Kaff aku yang dah nampak rupa.
Siap bersambung dengan lengan dah.
Ini baru setel jahit butang pada kaff.
Yang luar tu, butang hiasan je.
Dalam pakai butang katip.
Ingat nak buat jahitan lubang butang tapi bila try kat kain perca, macam tak lawa je.
Jadi aku pilih buat macam ni.

Akhirnya, siap!!
Alhamdulillah, percubaan pertamaku berhasil.
Lupa nak amek gambor part dat.
Menjadi beb, aku jahit dat kat belakang badan tu.
Hahaha..
Kagum dengan diri sendiri.

Inilah rupanya jubah moden yang dah berjaya aku jahit!
Bila kak ngah pakai tadi, sangat lawa!
Bangga sungguh dengan diri sendiri.
Heeee.. =p


Insyaallah, nanti aku tempek kat sini picture Kak Ngah bila dia pakai baju ni.
Tadi tak boleh nak snap. Katanya nanti basi.
maklumlah jubah raya tuu!!
Hahaha..

Ok la, nak layan Running Man kejap.
Ciao!!

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Blouse lagi

0
COMMENTS
Alhamdulillah, blouse orang tempah semuanya dah siap!


Yang ni baju Kak Normah.
Aku ngan Kak Ngah dok berkenan dengan corak ni.
Kalau buat jubah atau baju kurung.moden mesti lawa giler!
Berangan. Ahaks =p


Yang ni pulak blouse Kak Ina.
1st time, aku buat pattern ni.
Alhamdulillah, menjadi.

Kombinasi kedua²nya...


Last, yang ni yang Kak Ngah punya.


Yeay, boleh rehat kejap.
Lepas ni, nak kena cari tutor buat jubah pulak.
It will be my next task!
Wish me luck! v(^_^)v

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid