Nail Shop Paris

0
COMMENTS

Drama ni pendek je.. 10 episod je.
Pendek kan?
Drama ni ala2 drama jepun je aku tengok.
Tiru style drama jepun agaknya.

Ia mengisahkan tentang penulis novel yang menyamar jadi lelaki, untuk join Nail SHop Paris (di mana hanya lelaki sahaja keje situ) semata2 nak cari bahan untuk novel baru dia.

Kemerapuan citer ni, memang tahap citer jepun la.
*sekali lagi aku ulang menda sama*
Maunya aku tak kata gitu, siap Gumiho pun masuk citer ni.
Ekekekek...
Tau ke ape tu Gumiho? Nine tails fox lorrr..
Ngeee..
Kalau korang nak tengok, boleh je.
Buat2 hilang bosan.. (^_~)


Take Care of Us Captain

0
COMMENTS

Drama ni, walaupun aku ulang tengok masih mampu membuat aku menangis.
Sedih o0oo..
Kematian yang membawa penyesalan, penyiksaan dan kerinduan.

Kelalaian co-pilot yang dah jadi Captain, Kim Yoon Sung juga flight attendant, Choi Ji Won membawa
kepada Kematian ibu Han Da Jin (heroin) semasa melahirkan adik Han Da Jin iaitu Han Da Yeon sekaligus menjadikan si adik mengalami komplikasi kesihatan selepas kelahirannya.
Selepas tu, ayah mereka pulak, Captain Han Gyu Pil meninggal selepas terlibat dalam kemalangan.

Korang kena tengok macam mana Da Jin tau, yang captain yang dia suka tu jugak terlibat dalam kematian ibunya selain daripada kebencian dia pada Choi Ji Won.

Kisah cinta yang kompleks.

Kisah si adik dan kakak yang selalu menyentuh hati.

SI adik yang super comey dan super bijak.

Kawan yang selalu ada di sisi.
*beruntung Da Jin kan?*

 Apa lagi, silalah la tengok ya =p


Who Are You

0
COMMENTS

Haa ni kisah si heroin yang bila sedar daripada koma, dia boleh tengok hantu.
Dengan kata lain, roh.
Roh manusia yang punya hajat atau urusan yang tak kesampaian.
Dan memerlukan bantuan dia untuk merealisasikan atau melangsaikan urusan tersebut.
Seriau jugak la bila tengok malam2, sorang2 pulak tu.
Haa setting terbaik, sumbat earfon kat telinga.
Hohoho.. nebes ditahap agak tinggi jadinya. =p

Tapi hujung cerita ni, si hero pulak yang nampak roh2 mereka tu, lepas dia sedar daripada koma.
Si heroin dah tak nampak dah, lepas dia setelkan misteri kematian teman lelaki dia tu.

DIsarankan jugak, untuk korang tengok.
Ngeh3...
Ciao!!

City Hunter

0
COMMENTS

Yuhuuu... drama abam hensem dan kakak lawa kita neh.. =p
Lee Min Ho & Park Min Young.
Aku suka tengok lakonan dorang ni.
Kak Farah ngan ANa suka sangat la ni dengan si hero, abam Hoho katanya.
Hehehe..

Ni kisah penuh dendam, kasih sayang dan keadilan.
SI hero yang diberi gelaran City Hunter yang secara tak langsung membantu pihak pendakwaraya
membawa pesalah2 (orang atasan; Menteri) ke muka pengadilan.

Biasalah pasti ade terselit cinta.
Baru best.. ye dak?
Hehehe..
Dicadangkan untuk tengok lagi kalau korang dah tengok.
AKu paksa rela korang ni.
Hahaha!!
*gelak kejam*





Sungkyunkwan Scandal

0
COMMENTS

Haaaa... aku sangat suka drama ni!!!!
Sebabnya ada si hero Mickey Yoochun dan si heroin, Park Min Young.

Ni kisah zaman dulu kala, di mana Universiti Sungkyunkwan menjadi tempat belajar bagi kaum lelaki.
Kaum perempuan tidak dibenarkan sama sekali berada di situ.
Begitulah sistem pendidikan zaman dulu kala kat KOrea.

Nak dijadikan cerita, si heroin dalam citer namanya Kim Yoon Hee menyamar jadi lelaki dengan menggunkan identiti adik lelakinya, Kim Yoon Shik demi untuk mencari duit bantu keluarganya yang susah.
Kim Yoon Hee ni tersangatlah pandai.

Insiden demi insiden berlaku, membuatkan Kim Yoon Hee dan si hero, Lee Snn Joon
semakin terikat.
Tanpa mengetahui kedudukan sebenar, Lee Sun Joon membantu Kim Yon Hee memasuki
Sungkyunkwan.
Disebabkan Lee Sun Joon ni anak orang yang sangat berpengaruh.
Dia tidak disukai oleh Ketua Pelajar, Ha In Soo.
Dengan Kim Yoon Heepun terlibat sama.

Malas dah la nak kabo, korang tengok la sendiri ya.
Macam mana hero dan heroin boleh saling jatuh cinta..
Hehehe.. 


 



Heartstring

0
COMMENTS

Aku dok ulang balik tengok drama ni.
Ala2 drama muzikal gitu.
Temanya as usual.. CINTA.
Kisah cinta yang bermula dengan bertepuk sebelah tangan dan berakhir dengan bertepuk 
kedua2 belah tangan.
Hahaha..
APa entah yang aku merepekkan.

Saja nak tempek kat sini.
Nak penuhkan blog.
Ngeh3...


Rezeki

0
COMMENTS

Alhamdulillah, rezeki murah.
Semakin bertambah tempahan yang orang anto.
Walaupun tersangat penat dan semput.
Kadang² tu stress pun ya tapi nak buat macam mana.
Itulah rezeki, itulah amanah.
Jadi aku tak boleh mengalah.

Caiyok miza. Caiyok!!!

Dah, tu je nak kabo.
Nak pi menjahit.
Daa!!!!
posted from Bloggeroid