Rindu Yang Menyesakkan Jiwa

0
COMMENTS

Di saat demam berleluasa..
Ini yang kurasa...

Ya..
Rindu yang menyakitkan..
Rindu yang menyesakkan..

Jangan hukum aku dengan SEPI
Kerana ia punya banyak makna

Haruskah aku meneka..
Antara AKU dan KAMU..
Kisah kita sudah sampai di penghujungnya?
Atau ini seperti selalunya,
hanya sesuatu yang kamu cuba ajarkan kepadaku?

Andai besar salahku,
Maafkan aku.
Andai maaf tak lagi bisa kamu beri..
Ucapkan agar diri ini mengerti..


nOtaKaki :~ AKU YANG SARAT DENGAN EMOSI

Label Cantik!

0
COMMENTS



♥
 PENANTIAN BERAKHIR ♥

Lebih sebulan menunggu,
akhirnya sampai jugak ke tangan daku..

Alhamdulillah... 

Kejadiannya seperti yang diidam²kan..  
😍



Yahuuu.. ado doh label kalerful.
Nama sendiri pulak tu..  
😝


Sebelum ni try yg cop, sementara tunggu yg ni siap.  


Mekaseh pada Abang Cik yg jadi pereka label/logo MizaEija ni...😘


Nanti kita tempek utk tempahan baju² lepas raya ye..
Yg raya puasa punya xdan doh.
Semua dah settle.. 😂😝

Pada yg berminat Boleh jenguk page ni 

Label Sendiri (menggunakan Textile Labeling Kit)

0
COMMENTS
Label sendiri..
Nick name sendiri..
Design sendiri.. 
Eh tak, Abang Cik yang design..
Simple... i'm loving it
♥
Dah rasmi cuma baru nak tempek kat sini..
Saje try versi cop ni.
Menarik jugak..
Boleh je cop kat riben atau baju terus.
Ikut suka jiwa anda...

Yang daku buat ni cop atas tape, senang.. 
iron je atas baju nanti, terus lekat.


Nak kasi kukuh, jahit kiri kanan label...

Inilah rupa set cop label ni..

klik sini utk tengok instagram penjual

Label versi berwarna bakal menyusul...InsyaAllah....

posted from Bloggeroid

Kisah Kau dan Aku

0
COMMENTS

Mungkin semalam, kisah Kau dan Aku bergabung menjadi satu cerita...
Tapi hari ini, tidak lagi, kisah Kau dan Aku sudah mempunyai jalan cerita tersendiri...
Terpisah menjadi dua cerita...
Kau dengan jalan cerita kau...
Dan Aku dengan jalan ceritaku...


Happy 29th Birthday

0
COMMENTS


Genap sudah 29 tahun usiaku.
Terima Kasih Ya Allah,
Masih izinkan aku bernafas di bumi ini.
Masih memberi peluang aku melakar memori bersama insan² kesayanganku.

Setahun sudah berlalu dari tarikh yg sama.
Pelbagai kisah berlaku.
Ada bahagia, ada duka.
Ada gembira, ada sedih.
Ada manis, ada pahit.
Namun itu semua perkara yg bermakna bagi aku.
Dan dah jadi sebahagian daripada hidupku.

Moga tahun yg berikutnya ini, akan terukir memori lebih manis buat diriku.

Andai ada duka, kuatkan hatiku utk melalui detik itu.
Sebagaimana Engkau kuatkan aku suatu ketika dulu.

Tu jela kot.
Ok la, nak tido.
Ngantok benor dah ni, belum lelapkan mata lagi.
Monite!! (Morning+nite)

♥ Assalamualaikum ♥

posted from Bloggeroid

Hati Berdarah

0
COMMENTS


Sungguh, bila kembali bercerita tentang kisah itu.
Ia ibarat menoreh balik luka lama tu dengan mata pisau yg tajam...
Berdarah..
Sakit lagi menyakitkan..

Dada pun...
Terasa begitu sempit..
Sebak tak terkata..

Air mata tak berhenti mengalir
Bagai membasuh luka tersebut...

Moga semuanya baik-baik...
Andai kata jadi sebaliknya...

ALLAH...
Tabahkan aku..
Sabarkan aku..
Redhakan aku..

Aku yakin aturanMu adalah yang terbaik.. ♥

posted from Bloggeroid

Konsep Rezeki

0
COMMENTS


🍪 Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

🌂 Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

🎈 Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?


🍫 Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.