Kisah Aku, Dia & Kamu

Assalamualaikum Hikayat,

           Setelah agak lama kisah ini berlarutan, setelah beberapa kali misi menamatkannya menemui kegagalan akhirnya hari ini kisah ini menemui penamatnya. Walaupun amat berat untuk aku lepaskan kamu, namun aku sedar kisah aku & kamu memang harus diakhiri supaya kita dapat meneruskan jalan cerita kita dengan tenang tanpa sakit dan terluka lagi. 

      Maaf aku tak mampu bertegas dan memulakannya maka disebabkan itu, kamu yang terpaksa melaksanakannya. Aku tahu tentang itu, aku tahu. Aku relakan kepergian kamu agar kamu tak terseksa lagi. Aku tak terkeliru lagi. 

          Maafkan aku, disebabkan terlalu ingin menjaga hatinya tanpa sengaja aku telah melukakan hati kamu. Dia tak bersalah, dia tak patut aku lukai... aku yang bersalah kerana aku yang memberi peluang padanya. 

       Maafkan aku, kerana penilaian aku yang kurang tepat juga sikap terburu² aku itu, kamu kehilangan peluang kamu. Sedangkan peluang itu sebenarnya memang milik kamu dari mula cuma disebabkan aku tak mahu rosakkan hubungan persahabatan kita, keputusan itu telah kuambil membuat kita terperangkap dalam kisah ini. 

        Kamu kusayang kerana kamu yang memahami hati ini. Kamu yang sangat serasi di hati juga di jiwa... namun dia mendahului kamu. Tak mungkin aku kecewakan dia, lukakan hatinya atau tinggalkannya untuk kamu. Aku tak sanggup, dia langsung tak bersalah. Dia terlalu menyayangi aku. Aku juga yakin dia ikhlas dan jujur menyayangi aku. Aku yang bersalah di sini. 

     Maafkan salah aku. Maafkan ketidakberdayaan aku... bukan aku tak sayang, tapi aku juga berfikir seperti kamu. Inilah yang terbaik dalam pengakhiran kisah kita. 

        Untuk kamu, 
     Selamat jalan sayang... moga kamu memperoleh segala kebahagiaan yang ada dalam hidup kamu. Doaku sentiasa mengiringi kamu. 

      Untuk dia, 
   Telah kusandarkan harapanku padamu. Telah kuberikan peluang yang ada hanya padamu. Aku harapkan agar kamu menghargai aku, menyayangi dan mencintai aku apa ada aku. Aku sayangkan kamu dan akan kupupuk rasa cinta dalam hati hanya untuk kamu. Maafkan kekhilafan aku...

       Apa pun, aku percayalah andai punya jodoh antara aku & kamu, pasti kita kan bertemu kembali. ANDAI ada jodoh antara aku & dia, maka dia yang sebaik-baik aturanNYA untuk aku. Apa yang berlaku, kisah aku, dia & kamu, kisah kita ini pasti punya hikmah yang tersembunyi. Tiba masa kita akan ketahuinya...


0 comments: