Review: Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee


Dear Cinta 2 - If it's meant to be, then it's meant to be

Akhirnya berjaya curik sedikit masa untuk membaca kitab hikayat cinta Tasneem & Ariff.
Kalau sebelum ni dah baca Dear Cinta, haa yang ni sambungan kisah mereka la.
Meneroka masa silam Ariff  dan penerimaan Tasneem.
Menzahirkan ego dan kasih sayang mereka.
Ewahhh, ayat ntah pape je.

Kisah kali ni, bagaiman seorang Ariff tersalah percaturan apabila merahsiakan
bahawa dia berhubung balik dengan bekas kekasihnya melalui kerja.
Ariff jadi peguam balik, behind the scene gitu.
Tolong selesaikan kes Nisha.

Tasneem yang baru tahu hal tu, rasa makin tergugat.
Bersyakwasangka gitu.

Keadaan menjadi lagi buruk, bila Ariff demam..
Tasneem pergi rumah Ariff, Nisha ada situ.
Hohoho..
Waktu ni daku dapat merasai betapa terlukanya hati seorang Tasneem.
Meleleh2 air mata daku o0oo..

Ariff cuba cari jalan penyelesaian, inginkan perdamaian.
Tapi ke lain jadinya bila mereka makan bersama mama Ariff.
Tasneem ingat Ariff gunakan mama untuk pujuk dia balik.
Makanya ayat ini yang terbit dari mulutnya pada Ariff
"Keji"

Sekali lagi, keadaan jadi tunggang terbalik,
Lain yang diharapkan lain yg jadi.
Tapi bila Tasneem sedar banyak salah datang daripada dirinya sendiri.
Dia cuba memujuk Ariff.

"Will you be my Carl" - Tasneem
"Who the hell is Carl" - Ariff

Nah, romantik Tasneem tak menjadi.
Daku sendiri bantai gelak baca part ni.
Hehehe..
Kesian Tasneem, mesti malu gila.

Dipendekkan cerita, kisah cinta dorang ni happy ending.
Nak tau lebih lagi, silalah baca sendiri ye.. =p


Bukan Awak Tapi Dia - Program realiti tv yang menjadi realiti kehidupan

Citer ni pun super best.
Kisah bagaimana Dian (tukang jahit) seorang biasa2 dicintai Nadeem (artis/penyanyi) dengan cara luar biasa.

Asalnya Dian dipaksa rela kawan2nya untuk masuk rancangan Program Realiti 'Mencari Dia'.
Semata2 untuk tarik perhatian Hadif, lelaki yang dia gilakan sejak zaman sekolah.
Kemudian penyertaan dia diterima.
Bermulalah rakaman kisah Dian dan peserta2 lain yg dalam misi memikat hati Nadeem.
Kononnya la.
Walhal Dian takde hati pun kat Nadeem tu.

Bila ditemuramah jawapan Dian amatlah tak boleh blah.
-"Jadi awak tak minat Nadeem"
+"Tak."
-"Jadi awak tak minat sebab apa?"
+"Sebab, saya tak jatuh cinta pandang pertama pun tengok dia. Sebab tu saya tak minat sangat. Biasa2 je....."

Dan Nadeem yang tengok dan dengar pun berasap la.
Hahaha~

Sungguh bila baca ni,
terasa macam daku sedang menonton reality show tu pulak.. 
Punya la berharap Nadeem pilih Dian. Dian pulak rijek Hadif. 
Harapan daku jd kenyataan rupanya.. suke suke suke... 
(tengok, betapa terujanya daku)

Dorang yg asalnya asal jumpa je gaduh,
dah jadi kamceng bila dorang berpakat buat plan sesama dorang.

Banyak mende jadi selama program tu berlangsung.
Part paling sweet, bila dorang main baling2 tepung masa Dian tengah sibuk buat cupcake untuk Nadeem.
Menyengih jela aku pun baca,
Angau.. hahaha..

Lepas pada tu ada macam2 la konflik.
Sampai satu tahap Dian  kemalangan dan koma setahun. 
Dok la berharap (lagi)... jangan la Dian mati. 
Kalau mati, daku gi bom umah baru (group fb) Kak Jue.. hahahaha..

Tapi lega giler pastu Dian dah sedar, 
dorang bersama balik.
Ada krisis sikit je lepas pada tu 
and then they have their happy ending..
 daku join happy samaaa...

Haip, tak leh kasi detail sangat. 
Korang baca sendiri okehhh... =p

Apa pun, daku suka kedua2 kisah ini.
Untuk pertama kalinya IKP gabungkan hasil penulisan kedua2 sahabat baik dalam naskah Limited Edition ni.
Akulah antara orang yang sangat teruja.
Akak2 daku tu...
Hahaha.. mengaku tanpa segan silu dan malunya ni..
Wekk...!!

#limitededition #novelbest #penuliskesukaan

0 comments: