Apendik atau Batu Karang?

0
COMMENTS
Subuh tadi aku dilanda sakit perut yang sangat teruk.
Nak² belah kanan perut.
Tak pernah aku rasa sakit camtu.

Mulanya aku ingat angin biasa je.
Tapi bila sakit makin teruk, muntah berulang kali, tahap nak terkeluar isi perut tu.
Memang tak dapat nak tahan la.

Mak tak sanggup tengok keadaan aku,
jadi mak soh aku bersiap pi klinik.

Kami pegi Poliklinik Azhar.
Sejam jugak la kami tunggu sebelum klinik bukak pukul9 am.
Kalau klinik Farah tu lagi la, pukul 9.30 am baru bukak.
Jenuh aku nak tahan sakit gitu.

Sementara tunggu tu, sempat la aku muntah seround.

Oh ye, aku jadi pesakit pertama tadi.
Laju je mak pi daftar bila signbod bertukar jadi 'BUKA'.
Hehehe..

Hmm bila jumpa doktor, dia bimbang aku kena apendik tapi lepas dia periksa, nampak macam dia fikir lebih kepada batu karang.
Huhuhu..

Merasa la aku kena cucuk sedas.
Nasib aku spesis tak takut jarum,ye dak? =p

Pakej ubat sekali.


Doktor kata kalau sakit tu datang balik, siap demam bagai.
Kena pi ospital, buat pemeriksaan lanjut.

Balik umah, bila sakit tu berkurang...
Sempat la aku lelap kejap.
Bangun tido, laju je cari ubat.

Tadaa...comey tak? Kalerful kan?
Macam coklat pun ye.


Hmm tapi lepas tu, satu mende yang mengejutkan dan menakutkan aku.
Air kencing aku ada darah.
Dengan kata lainnya, kencing berdarah.

Uwaaaa.. takut weyh.
Nampak kena sangat dengan simptom Batu Karang.
Huhuhu..

Korang..doakan aku baik² je eh.
Aku diduga lagi ni.
Moga aku akan terus kuat dan tabah.
Aamiin...
posted from Bloggeroid

My WorkstatioN

0
COMMENTS

Dah macam gaya profesional je kan?
Kain orang antO berlambak²,
jenuh la teman nak pulun menjahit.

Buat masa ni,siang jela sibuk menjahit.
Malam rehat je sebab takmo ganggu masa mak ayah berlepak santai..

Apa pun, aku bersyukur sangat dengan rezeki ni.
Alhamdulillah..
posted from Bloggeroid

Sony Xperia L

0
COMMENTS

Ayah belikan!!!
Menggantikan tepon wonderpet daku yg suka sangat mengandungkan bateri.. huhuhu
Tenkiuuuu ayah!!! Lebiu ketat²
(♥.♥)


posted from Bloggeroid

Sia-sia

0
COMMENTS

Penatnya!!!!!!!!!!!!
Hari ni buat keje sia-sia je.
Siap jahit lipat batik tadi, bila kak ngah cuba..
SINGKAT!!!!!
Grrr... marah+kecewa tau tak???
Sakit jari sebab dok tetas balik kat pinggang tu.

Ni semua sebab ikutkan formula yang makcik tu ajarkan.
Aku bantah tapi dah dia sifu, ikutkan jela.
Hasilnya memang seperti yang kuduga.

Kesimpulannya hari ni, satu apa pun tak berjaya siapkan jahit.
Haish... sabar jela bebanyak ye Miza oih...
Dugaan dan pengajaran ni.
(-_-")
*

In Time With You

0
COMMENTS

Baru je abes tengok 13 episod drama ni.
Nasib baik pendek je kan?
Heee...

Patut la drama ni menang award.
Jalan ceritanya memang la menyentuh hati dan perasaan.
Walaupun pada mulanya aku yang tengok ni, asyik kata a bit bosan..
Tapi bila makin tengok, makin melekat pulak.
Siap menangis pulak tu.
Ngeee... =p

Yang palin penting, citer ni sikit2 mengingtkan aku pada drama korea; 9 End 2 Outs

Drama ni mengisahkan Cheng You Qing seorang wanita bekerjaya dan elegan yang sudah mencapai usia 30 tahun.
Malang bagi dia, semua percintaannya tak berhasil.
Dan dia mempunyai seorang kawab baik, yang asalnya mereka ni musuh.
Musuh azali dari High School lagi.
Eh lupa pulak, nama laki tu Li Da Ren.

Li Da Ren ni sorang je yang sangat2 memahami Cheng You Qing.
Tanpa You Qing tau, rupanya Li Da Ren dah simpan rasa cinta padanya sejak mula lagi.
Namun disebabkan Da Ren tak nak merosakkan hubungan persahabatan mereka,
Da Ren diamkan.

Bila Da Ren single, You Qing ada pakwe.
Bila You Qing single, Da Ren pulak ade makwe..
Gitu la yang selalu jadi membuatkan Da Ren selalu terlepas peluang untuk confess.

Kemuncaknya, apabila You Qing memilih untuk kembali pada bekas kekasihnya dan ambil keputusan untuk berkahwin.
Manakala Da Ren yang tak mampu lagi nak simpan rasa cinta tu, membawa diri ke Singapura.
Sampai la suatu ketika You Qing dapat tau tentang perasaan Da Ren.
You Qing mengelak dan menolak.
Padanya, mereka adalah kawan baik selamanya.
Dia tak sedar pada hal dalam hati dia, cinta untuk Da Ren memang dah lama bertapak.

Selebihnya......
Korang tengok la sendiri..
Tak nak aku gitau.
Kejam tak? Ekekekek...

Jangan risau, drama ni happy ending gitu ;)

Ok la, nak menuju ke alam mimpi dah ni.
Papai!!






nOtaKaki :~ Aku pun ingin merasai indahnya cinta sehati sejiwa seperti dia....

Tears

0
COMMENTS
Currently.. me.. being like this..
Takpe la, sabar Miza.. 
PerancanganNYA lagi hebat..
Tunggu je masa dan ketikanya pasti akan tiba.....

Fated To Love You

0
COMMENTS

Aku suka drama ni cuma ingat2 lupa je jalan ceritanya.
Kira ni ulang tengok kali kedua.

Mengisahkan pertemuan antara Cun Xi dan Xin Yi di atas kapal cruise membawa kepada 'eksiden'
yang tak disengajakan.
Setelah berpisah, membawa haluan masing2 mereka bertemu kembali di syarikat yang sama.
Makin menggamatkan cerita apabila Xin Yi disahkan mengandung.
Cun Xi terpaksa akur untuk perkahwinan mereka.
Dari situ bermulalah segala konflik dan komedi.
Korang tengok la.. best!
Drama yang mampu buat kita gelak dan juga menangis.

Ini aku tempekkan beberapa quotes yang aku berkenan daripada drama ni.

There are a lot of memories in life...
I only wish that your memories will have me....
As long as you're willing to work hard, happiness will come knocking on your door...
Happiness is like thin ice...
If you cant forget the past, then just dont forget about it.
Bury it deep in your heart as one of your life time stories...
That quiet past will become a sustenance.