Pemujuk Hati


Kadang-kadang 
kerana terlalu sayangkan seseorang
Allah ambil dia dari kita
Allah jarakkan kita dari dia
Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu
Dan masihkah kita PERCAYA pada aturan DIA
Untuk sedarkan kita
Bahawa ada DIA yang perlu kita sayangi, lebih dari segala-galanya


Dan 

kadang-kadang,
Allah ambil juga orang-orang yang tidak kita hargai
Saat Allah jarakkan kita
lalu timbul rasa rindu dan menyesal


Itu bukan untuk menghukumi kita

Tetapi untuk memberi pengajaran
Bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kamu mahu lakukan... 


0 comments: