Rindu Rasa Itu


Tetiba malam ni dalam sibuk dok study untuk intebiu esok,
hati dilanda kerinduan yang memuncak.

Rindu..rindu...rindu...

Rindu pada Kak Rin,
macam dah lama je tak koling2 merapu sesame, gelak sesame dan nanges sesame..

Pastu ni, aku dilanda rasa rindu ingin punya teman di sisi.
Teman yang ada di saat suka duka aku.
Teman yang boleh berkongsi apa saja cerita.
Teman yang berbeza jantina.

Ya, teman itu.
Kuat pulak rasa rindu sebegitu hadir dalam jiwa..dalam hati ni..

Mungkinkah sebab malam ni,
aku tak sibuk merempit a.k.a menjahit,
sekadar study je jadi bosan dan sepi tu mengisi segenap ruang hati ek?

Adoii, aku pun tak tau la.
Yang aku tau, aku memang rindukan rasa itu.
Sayang dan disayangi.
Cinta dan dicintai.
Rindu dan merindui...

Sayang, cinta dan rindu.
Bahagia sangat bila memiliki 3 rasa ni.
Tapi jangan lupa, 3 rasa ni datang dengan segala pakej tau.
Bukan hanya ada bahagia, ada jugak duka, sedih, terluka, masam, masin, kelat, pahit, payau.
Hehehe..
Pakej pelbagai rasa la pendek katanya.

Suatu masa dulu, aku penah merasainya.
Dan sekarang aku aku teringin nak merasainya kembali..
Adakah faktor umur yang mengundang hebat rasa itu?
Kihkihkih~~

Doakan aku yang terbaik untuk aku. Ya, kalian =)

0 comments: