Review: Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu

Baru dapat mood nak buat review (review la sangat kan)..

Disebabkan aku dah layan drama adaptasi dulu lepas tu baru baca novel ni, makanya dengan mudah aku bayangkan watak² novel ni sebagaimana watak pelakon² dalam drama tu.

Sepanjang aku baca novel ni, tanpa sedar aku dok buat perbandingan dengan drama adaptasi tu.

Rupanya kan, banyak perbezaan. Kalau dalam drama wujud watak Zehra dan Iqram (nak² si watak Iqram) tapi dalam novel ni, hanya nama dorang disebut.

Kiranya dalam novel ni, kalau perasan ia hanya berkisar tentang hero heroin dan mak ayah dorang je. Watak Hady (kawan baik Zain si hero) selit sikit². Watak Eriza (calon menantu baru Mummy Zain) muncul kejap di hujung² cerita dan juga watak Ekin (perempuan yang pernah Zain cerobohi) sikit.

Tapi satu yang tak berubah. Perasaan aku sama je bila baca novel dan bila tengok drama adaptasi tu. Perasaan GERAM pada Zain, si hero.

Sampai aku rasa nak tempek kata² ni kat sini jugak :-

"Ego seorang lelaki - mahukan bunga yang belum diceroboh kumbang untuk dirinya, sehingga lupa bahawa diri tu jugalah kumbang yang pernah menceroboh bunga² yang ada di taman.."

Betul tak? Kebanyakkan orang lelaki ni macam si Zain ni. Realiti. Fakta. Bukan la kata semua tapi KEBANYAKKANnya macam tula kan..

Pada mereka perempuan macam Ersalina (si heroin) ni tak layak untuk dorang.. jijik, kotor, hina.. tapi dorang lupa yang dorang pun pernah buat perkara yang sama pada anak dara orang.

Allah swt tu lebih mengetahui, DIA aturkan jodoh tu yang terbaik dah. Cuma kita je antara sedar dan tidak, akan silap sendiri tu.

Yang ni pulak antara Quote yang aku suka :-

Selalunya apa yang kita perolehi, lebih baik daripada apa yang kita idamkan... - Hady

Hari ini Allah berikan kita luka. Esok² Allah gantikan dengan sejuta kali lebih baik - Mummy Zain

Rasanya cukup la kot ni.. jumpa lagi (^_^)
posted from Bloggeroid

0 comments: