Bekerja Sambil Menonton

0
COMMENTS
Meh main intai²

Ni la keje daku.
Dalam masa dok merempit@menjahit,
Laptop wajib jadi peneman.
Ngah tengok Transformer ni.
Marathon 2 siri Transformer.

Mati akal kejap baru ni,
3 minggu lappy masuk ospital.

Ni lappy dah ade balik, aku jadi manusia paling hepi dan bahagia la.

Ni la teman setia aku, penghilang bosan bila keje aku asyik ngadap segala kain dan mesin² jahit je..

Wink² ♥♥♥
posted from Bloggeroid

Mak Long-to-Be

0
COMMENTS


Yahooo!!! Aku dah nak jadi Mak Long!!!
Over excited pulak.. hehehe

Alhamdulillah, rezeki Abang Cik & Tirah@Kak Cik.
Hampir 3 bulan kot usia kandungan.

Ayah & Mak bakal jadi opah dengan tok.
Kami bakal jadi Mak Long, Mak Ngah & Che Su la..
InsyaAllah..

Seronok sangatlah mak ngan ayah.
Tapi seronok lagi Abg Cik & Tirah, tiap² bulan katanya nak gi scan.
Teruja punya pasal.
Hahaha...

Bila giliran kita pulak ni, Kak Ngah oih!!!
kikiki~
posted from Bloggeroid

Berbuka Puasa di Shabu Shabu

0
COMMENTS

Untuk kali pertamanya kot setelah bertahun-tahun tak berbuka puasa kat luar.
Ni pun sebab ajakkan kawan baik, maka sampai lah aku kat sini.
Jauh jugak k0t.
Teluk Intan - Manjung..

Best la, sebab memang kaya ngan makanan pun.
Sayangnya, aku tak sihat jadi maakan sangatlah sikit.
Rugi sungguh bawak aku makan tempat gini,
Sebab kalau kata sihat pun, aku bukan makan banyak pun.
Kikiki~




Aku tak snap anyak pun gambor.
Maleh plus segan.
Hahaha =p

Pada siapa yang nak cuba boleh la mai sini..
Landmark dia KAMDAR.
 Elok je bangunan sebelah Kamdar tu.

91-93, Persiaran PM 2/5,

 Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2,

 Seri Manjung, 32040, Seri Manjung, Perak

No Telefon : 05-688 9885

Waktu Operasi : Isnin - Ahad [11.30 pagi - 11.30 malam]
posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan 1435H

0
COMMENTS

Salam Ramadhan...
Selamt berpuasa dan selamat menjalankan segala ibadah lain sepanjang bulan Ramadhan.
Moga kita semua diberi kesempatan untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan rahmat ni.
Aamiin...



Cinta Itu Menyakitkan

0
COMMENTS

Allah... ngilu rasa dada ni.
Tahan sebak yang menggila..
Kenapa perasaan ni menusuk kembali jiwa ragaku?
Kenapa setelah sekian lama rasa itu masih kuat mengenggam hati sanubariku?

Aku tau ENGKAU sebaik2 perancang.
Aku sedar ENGKAU punya perancangan besar lagi hebat untuk aku.
Tapi aku kalah.. kalah dengan perasaan sendiri.

Apakah ENGKAU sedang merencanakan sesuatu di antara kami, maka ENGKAU ketemukan kami kembali?
Terlalu banyak persoalan yang bersarang di fikiran ni.
Tapi aku tau, tiba masanya aku akan peroleh jawapan untuk setiap soalan aku..

Ya Allah, terus tabahkan hatiku untuk melalui saat2 ni.
Kuatkan jiwa dan pemikiranku..
bahawa dia bukan milikku.
Permudahkanlah diriku untuk melepaskan dia sepenuhnya dari hatiku, Ya Allah..

:: Sesungguhnya mencintai seseorang yang agak mustahil untuk kita miliki itu sangatlah menyakitkan::

Yeah... love hurt... damn much...




Ada Rindu Mencuit Hati

0
COMMENTS

Aku layan movie ni tadi.
Jalan cerita biasa2 je.
Tapi kelakar tengok watak Andi (Fezrul Khan) dengan Puteri (Erin Malek).


Dah lama sungguh kan, aku tak mencoretkan kisah hati..lakaran hatiku di sini..
Malam ni, entah kenapa..
Bila dok gelak2 tengok Si Andi ni.
Hati ini teringat pada kenangan lalu.
Lantas mencuit hati dengan rasa rindu yang hadirnya tiba2.
Ya, wajah Andi (Fezrul) ni mengingatkan aku pada dia..
Mr.DiAS.

Takpe la, anggap la ia kebiasaan hati manusia.
Yang kadang2 lemah pada kenangan.
Ya, mungkin itu jawapan yang tepat.

Wahhh... sangat jiwangkan ayat aku.
Kih Kih Kih...
Kejap je ni.
Mainan perasaan kata orang.

Mr.DiaS dah nak jadi bapak budak dah korang oih!!
Biarkan... =p

Hadiah daripada Ayah

0
COMMENTS
Gelang Tangan Emas


Terima Kasih ayah.. mak.. love both of u beribu² lemon.. =p
posted from Bloggeroid