Persediaan Temuduga Pembantu Makmal C17

Baru ni aku dapat surat mengejut daripada SPP.
Berita yang tak disangka dan diduga di saat aku sudah mengisytiharkan diri takmo cari keja lagi.
Nak tumpukan pada dunia jahitan 200%.

Tiba-tiba surat ini hadir....
Aku dapat panggilan temuduga bagi jawatan;
PEMBANTU MAKMAL C17.
Aku terima dengan penuh kesyukuran biarpun pada pandangan mata orang lain
ia tak sepadan dengan diri aku yang punya ijazah.
Well, ada ijazah pun kalau dalam tempoh hampir 5 tahun ni ia terperam je dalam folder tu nak buat ape kan?
Pada aku la, rezeki Allah swt bagi jangan sesekali ditolak. Bukan senang nak dapat peluang camni.
Sambor je y0ng.. Bak kata orang Perak.
Ngeh3..


Tarikh temuduga semakin menghampiri.
Aku dah mula ada perasaan cuak ni.
Kalau sebelum ni aku kata nak stadi tapi aku melencong tengok anime.
Tapi hari ni dah tak boleh buat camtu lagi.
Kena tumpu betul-betul.
Hohoho...

Ni antara menda yang aku stadi...
Tugas-tugas Pembantu Makmal
Kabinet Malaysia 2013
Rukun Negara!
Haa yang ni dah memang sedia tau TAPI....
 Jangan sampai disebabkan cuak, segala pasal ni jadi lupa.
Tempek gambor sikit.
Reminder- Pada sape yang tak ingat or tak tau..
Huhuhuhu..
Lagi mencuakkan hati bila lompat dari blog ke blog cari maklumat pasal temuduga ni, makin banyak menda yang nak kena tau.
Bukan setakat kena bukak website Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Perak tapi
Hikayat Tanah Melayu, buku Sains sekolah pun kena buka sekali.
(T_T)

Ni antara blog-blog yang menjadi rujukan aku :-

Saja aku tempek kan semua kat sini.
Boleh jadi kenangan dan rujukan pada orang lain sama kan.. 

Dapat ke tidak belakang kira sekarang ni.
Yang penting kena stadi dulu.
Ok, aku nak sambung stadi.
Doakan aku.. ya korang!
(^_~)

nOtaKaki :- Aku tambah ni,maklum la dah lepaskan. -->
pengalaman-temuduga-pembantu-makmal

posted from Bloggeroid

2 comments:

Anonymous said...

Salam,perlu bwa x dip/deg?

MizaEija said...

Wsalam... terpulang.. tapi saya bawak je. Sebab nanti dorang akan tanya jugak background kita.

Yang penting sijil spm, sbb inteview berdasarkan kelulusan tu kan..