Heartache


Cik hati aku cedera balik... terluka..
Cik Jantung pulak terasa semput, lelah nak berdegup..
Susah nak bernafas disebabkan kelukaan yang mengasak perasaan.
*pinjam ayat kak farah = cik hati & cik jantung*
sempat lagi tu...


Ye, bila cik hati aku sakit sangat.. air mata laju je berlumba² nak mengalir keluar.
Namun takde sape yang tau, takde sape yang amek peduli.
Ni yang orang kata; Luka rawat sendiri.


Ini semua disebabkan Incek Gigi Besi.
ENtah dia tersampuk ape, tiba² nak sound orang.
Kalau tau gitu tadi, takde aku nak tegur dia.
Bior la menyepi berhari² pun.
Lagi bagus.. cik hati pun tak sakit gitu.

Sungguh, sikap atau perangai dia tak mampu aku nak jangka.
Aku tak memahami dia dan mungkin dia pun tak memahami aku.
Kami sangat berbeza.
Bak kata dia; Kami tak serasi macam lagu 150 Juta
tapi 
Dia juga kata; tak serasi tak semestinya tak boleh bersama.
Contoh- Macam mak ayah dia.

Hmm entahlah...
Kadang² aku sendiri tertanya²; 
Betul ke tidak apa yang aku dok buat sekarang ni?

Zappp... teringat Kak Jue pernah bagitau aku;
Insya-Allah, jika keputusan itu dibuat selepas memohon petunjuk dariNYA.

Jadi Miza, silalah merajinkan diri bersujud padaNYA
nak² waktu tengah malam.
Kuat sangat mengelat sekarang ni...
Macam mana la cik hati tu tak jadi gitu.
Huhuhu...

Yosh!
Miza.. aja² fighting!!!
Back to myself...SMILE!!
(mudah je nak pujuk cik hati aku kan?)

Hanya dengan mengingatiNYA, hati kita akan jadi tenang



0 comments: