La Tahzan!


    Terasa sebak di dada... sebelum mampu jari menaip kata di sini, air mata terlebih dulu mengalir laju di lekuk pipi.

Aku sebak.. aku sedih...

Bila aku merasakan diri lelah berdepan masalah sendiri. Ada lagi orang yang lebih lelah berbanding aku.

Di saat aku ingin meluahkan rasa pada mereka, aku rasa tak mampu kerana aku tau mereka pun sedang bergelut dengan masalah masing². Sudahnya, aku hanya menelan sendiri semua rasa itu.

Namun tidak pada mereka. Aku selalu jadi tempat dituju dan dirujuk andai ada apa² yang berlaku.

Aku mengeluhkah ini? Maafkan aku, aku cuma manusia biasa yang turut ingin berkongsi, meluahkan rasa tapi  agak payah untuk itu kan...

Kata orang: Bagus la macam tu. Itu tandanya kamu adalah kawan yang dipercayai dan yg memahami mereka. Sebab tu bila ada apa², kamu jadi tempat yang dituju.

Kata Aku: Ok, fine.. tapi siapa yang nak faham aku? Nak dengar keluh kesahku..masalahku? Siapa yang mahu ambil tahu tentang aku? Tiada kan? Hanya aku, bersendirian..

Namun lepas seketika, aku kembali sedar yang aku tidak bersendirian. Aku ada DIA. DIA yang tak pernah sekalipun biarkan aku bersendirian. DIA yang selalu sudi mendengar keluh kesahku, rungutanku, masalahku. Aku je selalu lupa tentang itu. Kejamnya aku kan?

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana -- “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita

*******

Di saat ini, aku masih lagi menangis. Ampunkan aku, Tuhanku.. aku manusia yang selalu alpa. Khilaf dengan perbuatan sendiri.

Ya Allah, Kau kurniakanlah ketenangan buatku. Ikhlaskanlah hatiku untuk terus menjadi sahabat yang baik untuk kawan²ku. Janganlah Kau biarkan aku larut dalam kesedihanku. Jadikanlah aku antara umat²Mu yang tabah lagi sabar dalam melalui setiap ujian dan dugaanMu.. Aamiin

Moga aku akan terus menjadi sahabat yang baik untuk mereka...


posted from Bloggeroid

0 comments: