Yumeiro Patissiere

Yes!! Akhirnya selepas beberapa hari barulah abes aku khatam citer ni.
Ada 50 episod plus 13 episod lagi professional.
Jenuh jugak la nak tengok.
(Berselang dengan menjahit, tu jadi makan masa)

Amano Ichigo
Anime ni tersangatlah best.
Korang tengok je karakternya budak² tapi penuh isi kot.
Nanges sokmo aku tengok sebabnya ada part² tertentu yang menyentuh hati aku.
Nak² aku pulak jenis mudah keluar ayor mata..
Hehehe..

Anime ni mengisahkan Amano Ichigo yang mencari² impian sebenar dia.
Semua benda dia cuba; main piano, berenang, melukis dan sebagainya 
tapi satu pun tak kena dengan jiwa dia.
Sampailah dia berjumpa dengan Henri Lucas sensei. 
Tu pun kebetulan, semasa pergi menonton pertandingan piano adiknya, Natsume...
Henri sensei yang dapat mengesan bakat yang ada pada Ichigo (incredible palate) menyarankan dia untuk berpindah ke Akademi St. Marie untuk menjadi Patissere.
(sama macam nenek Ichigo dulu)

Henri Lucas sensei
Pada mulanya, ayah Ichigo membantah 
(disebabkan risaukan Ichigo yang kelam kabut plus cemerkap)
tapi disebabkan dia mendapat sokongan mak dan adiknya, Ichigo berjaya pindah sekolah.

Kegilaan Ichigo terhadap mende manis
Maka bermulalah kehidupan dia untuk menjadi patissere di Akademi St Marie.
Jalan yang harus dilalui agak sukar kerana dia tak mempunyai asas membuat kek pastri.
Tambah² bila dia dimasukkan ke dalam Kumpulan A iaitu bersama Sweet Princes; Satsuki Hanabusa, Sennosuke Andou dan Makoto Kashino.

Andou - specialize in Japanese Sweets
selalu jadi orang tengah bila berlaku salah paham antara
Hanabusa & Kashino+ backup Ichigo

Hanabusa - specializes in candy sculptures and flower-based cakes; yg slalu backup Ichigo
Kashino - specialize in chocholatier; selalu marah Ichigo+buah hati Ichigo
Nak dijadikan cerita, 
tingkah laku Ichigo itu menarik minat Sweet Spirit bernama Vanilla untuk menjadi pasangannya.
Sweet Spirit datang ke dunia manusia untuk mencari pasangan bagi sama² menghasilkan pelbagai sweet in order for them to become Court Patissier/Patissere in Sweet Kingdom.

 Disebabkan Ichigo tidak mempunyai asas dalam pastri maka
dia terpaksa berusaha lebih berbanding yang lain..



Tanpa Ichigo tau, rupa²nya Sweet Princes juga mempunyai Sweet Spirit masing².
Menarik kan?

Sweet Spirit
Vanilla- Icigo; Chocolat - Kashino;
Caramel - Andou; Cafe -  Hanabusa
Anime ni banyak menerapkan elemen kasih sayang yang kuat dari segi keluargaan,
persahabatan, percintaan, semangat berpasukan dan sewaktu dengannya.

Sebelum aku lupa, haa Yumeiro Patissere ni macam Yakitate Japan.
Yang membezakan; satu pasal kek & pastri, satu lagi kisah roti.
Yakitate Japan pun best gak. Ada 69 episod.
Ngeee.. ^_^


Banyak lagi karakter yang ada dalam citer ni.
Dan banyak jugak mende yang berlaku.
Nak tau, korang kene la tengok =p

See ya...!! 


nOtaKaki:~ Sumber gambar semua dari GOOGLE

0 comments: