Mari Menjahit: Baju Kurung Siap!!!

Aku bermasalah sungguh la untuk buat jahitan karipap.
Kejap jadi, kejap idak.
Tengoklah hasil 2 hari dok perang ngan benang dan jarum je.
Sakit ooo jari teman.
Nak pegang kemas benang tu, nak bagi menjadi bentuk karipap.

Inilah hasil dari latih tubi selama 2 hari ni.
Cantik pulak bila tengok camni, kan..kan..
Bila dah menjadi kat kain perca atas tu, apa lagi...
Aku mulakan misi menjahit kat baju kurung sungguh la.
Ngeee...
Lawa tak?
Tak kisah la korang kata apa,
sebab bagi aku kawa sangat.
Aku masih susah nak percaya bahawa ini hasil tangan aku sendiri.
Ada jugak bakat aku kat sini rupanya ek.

Psst.. lubang butang tu beljar ngan sepupu aku.
Kebetulan dia datang rumah.
Sekali je dia ajar, Alhamdulillah aku cepat tangkap.
Tak sempat belajar dengan sifu aku part tu.
Aku belajar dulu ngan sifu lain.
Hehehe..

Dabel pssstt... Patut bila wat jahitan karipap, kene tutup dengan sembat kan?
Tapi aku tengok ada yang buat guna silang pangkah je, maka aku pun bedal buat gitu.
Bukan apa, kalau tunggu belajar sembat, mesti lagi lambat siapnya..
Hahaha.. Akal nak senang plus cepat siap la ni.. (o.O)
Leher - guna jahitan karipap
Leher - Jahitan tindih mesin
Akhirnya lepas belajar step by step untuk hasilkan sepasang baju kurung,
Tadaaa!!!
Alhamdulillah, aku sangat berbangga sebab dapat pakai baju yang aku jahit sendiri.
Syukur.. syukur..
Tenkiu mak, ayah dan kak ngah yang sapot perubahan angin aku ni.
Tenkiu jugak pada Cik Ton, yang sudi ajarkan aku tetang semua ni.
Luv U OLs ketat..ketat..
Auww!!


nOtaKaki :~ Misi Belajar buat Blouse dengan Baju melayu pulak lepas ni (>.<)
nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

0 comments: